Friday, May 27, 2016

Kisah Sunblock dan RM13. Tips Jimat : Mengapa bayar lebih?

Salam :)



Mengapa Bayar Lebih?? Hah dah macam iklan Trivago. Kisahnya, dalam few days ago, aku mencari-cari sunblock Sunplay yang SPF130 tu. Aku ni jenis cheapskate. Walaupun aku suka shopping, tapi selagi boleh dapat yang lebih murah, aku akan cari yang palinggggg murah. Lagi-lagi untuk benda yang setakat nak pakai sekali-sekala, tapi tetap perlu beli.

So sebelum terjah ke farmasi-farmasi berdekatan, aku survey dulu harga online, supaya boleh buat estimation harga dan tak terkejut keluar bijik mata bila tengok dekat kedai nanti.



Tips No 1 : Buat survey online

Aku tau perempuan memang suka drugstore especially Watsons dan Guardian. So untuk benda-benda macam skincare, makeups ni, sebelum pergi beli, aku suggest kan korang untuk pergi terjah secara online dulu. Selain dapat budget harga benda yang korang nak beli tu, kadang-kadang salah satu kedai buat promo untuk certain barang pada masa tersebut, jadi harga jauh lebih murah. So korang bolehlah compare harga between dua tu.

Ni link website dorang.






Tips No 2 : Terjah kedua-dua kedai

TAPI, hah ada tapi lagi. Kadang-kadang, ada jugak masa-masanya yang website tak update harga.
Part ni memang fail

Biasanya, setahu akulah, kebanyakan tempat, especially mall, yang mana ada Watsons, mesti ada Guardian. Betul tak?

Aku personally lebih suka Watsons. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab susun atur barang dia lebih kemas dan lambang warna hijau tu lebih memberi ketenangan? Entahlah hahaha. Aku boleh lepak berjam-jam dalam tu. Kadang tak beli apa pun. Cuma teruja dengan barang-barang dia.

So setelah aku survey online, dekat Watsons apparently lebih murah dari Guardian.


Guardian







Watsons


Turns out setelah aku pergi ke dua kedai Watsons dekat area rumah aku ni, dua-duanya jual Sunplay SPF130 ni pada harga asal, iaitu RM 42.00. Kecewa la jugak sebab pada aku RM 42.00 untuk sunblock yang dipakai sekali sekala agak mahal. 




Husband kata, "Beli jela. Nak buat sendiri tak reti."

-________________-''




Tapi aku tak putus asa.
Entah macam mana setelah kecewa untuk kali kedua tu, aku tergerak untuk tengok dekat Guardian which is selang 2-3 kedai dari Watsons tu. Hah! Senyum lebar aku bila nampak dekat rak. Terus capai dan pergi bayar.

Apparently, Guardian jual dengan harga RM 29.00 sahaja! Jauh bezanya tu!

So kesimpulan dekat sini, rajin-rajinlah untuk compare harga between kedai-kedai yang menjual barang yang sama. You might be surprised.




Sekian tips yang korang probably dah tau sekian lama. Hahah. Till next post! Daaaaa!



Tuesday, March 22, 2016

Rumah - kalau dah jodoh..

Assalamualaikum.

Fuhh fuhhhhh. Tiup sawang dekat belog yang dah berhabuk ni. Muahahahaha.

Sorry lah. Lama bebenor aku tak menaip kat sini. Ada ke orang nak baca masalahnya? XD



Anak aku dah pun menginjak 9 bulan. Dah pandai ape ye? Ermmm. Duduk, menjulur macam askar, berdiri sambil pegang sofa. Tapi merangkak belum. Hah cane tu? Dia angkat punggung dengan tegakkan tangan je. Lepas tu dia menjulur balik. Sabo jelah. Takpe, nanti mama ajak baby H jadi tiger ye.

*Short tip : merangkak adalah phase yang sangat penting bagi bayi, sebab dia menggunakan coordination between tangan dan kaki. So kalau boleh jangan skip ye! :D





Tapi actually entry ni bukanlah nak cerita pasal anak. Tapi nak cerita pasal RUMAH. 





Sebelum ni, aku menyewa dekat Penang. Setahun lebih jugaklah. Tau jelah rate sewa kat Penang ni sama je macam KL. Dok apartment tapi harga sewa macam rumah teres 2 tingkat. Bulan-bulan tolak tambah sana sini, tak larat jugak.

Dah tu pulak ko tau jela Penang Island ni banyak mall. Tiap-tiap minggu nak bawak aku bejalan kat mall ko tak rasa kopak poket laki aku tu? HAHAHA. Kebetulan baru-baru ni husband dapat transfer tempat kerja dekat dengan rumah parents dia. Jadinya kami pun pindah dok ngan mertua. Tak jauh pun. Area Kedah jugaklah.






Back then masa dalam September 2014, masa tu beberapa hari sebelum aku positive UPT test. Maknanya waktu tu dah pregnant tapi aku je taktau haha. Kitorang saja-saja jenjalan tengok rumah dekat area Sg Petani. Sebab dekat SP ni banyak kawasan baru nak naik. Jadi banyak rumah baru under construction. Bukan plan nak beli pun. Saja je pasang angan-angan.


Dalam banyak-banyak rumah, terberkenan dengan satu rumah semi D satu tingkat ni. Kenapa aku suka rumah 1 tingkat :

- Praktikal, Senang nak kemas.
- Tepuk dada tanya poket. Kalau mampu beli rumah bertingkat-tingkat tapi lepas tu tak mampu nak pasang lampu kipas beli perabot semua buat apa kan. Tapi tu poket kitorang la. Kalau poket korang tebal, ikut la ape yang korang suka. Hiks.
- Rasa dekat. Kira kau boleh tau la laki ngan anak kau ada kat dapur ke kat bilik ke ruang tamu ke.

Dipendekkan cerita, memang kitorang suka sesangat lah rumah ni. Tapi masa tu, husband baru kerja, dalam setaun camtu kot. Aku pulak, baru benti kerja. HAHA. So rumah ni memang out of our league lah.






Lepas tu, dah takde cerita pasal rumah. Terhenti kat situ je. Nak tengok-tengok rumah lain pun dah tak nyempat. Laki aku bizi manjang.






Tup tup, lepas tu aku dah pun pindah balik rumah mertua aku baru ni. So one day baru-baru ni, husband cuti. So dia ajaklah dating bertiga (baby H lerr orang ketiga tuh). Dia tanya nak gi Penang ke SP? Dengan kompidennya aku jawab SP. Otw pegi Amanjaya Mall, aku cakap ngan husband, nanti jomlah pegi tengok rumah yang dulu tu. Sesaje jek lepas gian. Haha.

Rupanya Amanjaya Mall takdak apa pun. Hambar betul. Nasib baik ada SSF. HAHA. Sempat jugak la aku apply membership dan sambar pasu bunga sebiijik.





Time nak keluar dari mall, tetiba ternampak booth developer yang buat rumah yang kitorang berkenan dulu tu. Eh? Ada promo. Diorang promote satu rumah Semi D setingkat jugak, tapi jenis lain, which is, slightly murah dari yang kitorang suka previously. Rumah tu bumi lot, ada rebate pulak, dan kebetulan, orang yang book sebelum ni loan dia tak lepas, so ada sebijik je yang tengah kosong dan memang murah la jadinya. Kitorang pun cecepat la pergi tengok, tak terfikir pulak nak tanya pasal rumah yang asal-asalnya kitorang berkenan tu.

Bila pergi tengok, nak kata suka sangat tu tidaklah, tapi suka jugak sikit-sikit. Cuma yang tak bestnya, kawasannya agak ke dalam. Pagar pulak just kawat hijau tu, which is lets say kalau nak beli, kena consider puluh ribu jugak untuk naik pagar batu. Semi D kan. Takkan takmau naik pagar. Bahaya tu. Dan yang husband kureng sikit ialah sebab silingnya tak tinggi. HAHA.



Tak silap aku ni lah rumahnya. Tapi dalam graphic ni takde pagar. Rendah je kan bumbungnya. Sales rep tu kata sekarang memang style gini. Haha.



Dah terfikir nak place booking, siap amek-amek gambar semua, sebab memang murah, takut kalau lambat, melepas.


Tapi entah kenapa, tetiba cakap dengan husband, "jomlah, kita pergi tengok jugak rumah yang dulu tu."





So off we went.


Melangkah je masuk rumah tu, memang kitorang senyummm je. Memang tu lah rumah idaman - dari dulu kini dan selamanya - gitu kau. Over sangat. HAHA. Dah tak terfikir langsung dah pasal rumah yang tengok tadi.

Bincang-bincang dengan sales officer tu. Rumah ni actually banyak type, with different prices. Ada yang tanah besar, ada yang build up besar, etc etc.  Kebanyakkannya dah habis kena booked dah pun. Yang kitorang rasa boleh afford - dan aku sangat yakin itu rezeki anak aku - kebetulan, ada 3 bijik je lagi, which 2 daripada 3 tu dah ada orang reserve pun. Which means, dia dah cakap nak, tapi belum bayar deposit. Macam tu lah.

Developer bagi rebate 5%. Tolak tambah darab bahagi sana sini, rasa macam boleh la kot afford downpayment sikit-sikit. Kalau takde rebate tu, memang tak dapat jugak rasanya. Baru 2 taun keje, mana la nak cekau cash puluh-puluh ribu. Sebelum ni, duit dah perabih kat rumah sewa, so memang tak nyempat nak saving.






Malam tu, mintak izin kat mertua, bagitau nak beli rumah. Diorang bagi greenlight.

Terus whatsapp sales officer laju-laju. Bagitau nak book. Esoknya terus bank in duit booking. Dan proceed dengan step-step seterusnya.

Actually, jauh lagi perjalanan beli rumah ni. Tak boleh excited sangat. Baca dekat blog-blog orang lain, ada yang berbulan, ada yang makan tahun, macam-macam pengalaman. Tapi tak kira, nak excited jugak. HAHAHA. Semoga jalan kitorang dipermudahkan. Aminnn.

Doa-doakan ye.



Kalau dah settle nanti aku cerita process beli rumah. Supaya orang-orang muda macam kitorang (eh muda ke???? HAHA) kat luar sana tak tercangak-cangak macam kitorang jugak sebab tak tau pape pasal beli rumah.







Oh btw, haritu aku ada tengok satu rancangan kat TV ni. Tak ingatlah rancangan apa. Tapi nasihat dia ialah,


"umur terbaik untuk beli rumah adalah selepas umur 30. Sebelum tu, lebih baik sewa dulu sementara kumpul duit." 

Alasan dia ialah selepas umur 30 biasanya kewangan dah mula stabil.






Pendapat aku pulak,

"TAK PAYAH."

Jangan dengar cakap dia muahahaha.



Melainkan kau dapat sewa rumah betul-betul murah dan dekat dengan tempat kerja, bolehlah kalau kau nak tunggu betul-betul stabil, dapat menyimpan lebih dan tangguh dulu beli rumah. Macam kitorang ni, rumah sewa dekat dengan tempat kerja, jimat kos transport tapi sewa bulan-bulan mencekik. Dah tu bila masa nak menyimpan. Rasa rugi sangat duit sewa sebab sepatutnya boleh guna untuk bayar rumah sendiri.

Jadi kalau kau dah ada saving sikit-sikit tu, jumpa rumah yang berkenan, cukup untuk bayar downpayment bagai, proceed jelah. Macam kitorang ni, kalau tak beli rumah pun, duit habis jugak.. entah pegi mana aku pun taktau. Lebih baik spend untuk benda yang nampak. Rumah pulak makin lama makin naik harga. Rumah yang kitorang nak beli tu pun bulan ni naik harga lagi.

Memang aku admit la. aku dapat rasakan sepuluh tahun pertama kahwin ni akan rasa sesak sikit. Rumah, kereta etc. Tak dapat la berangan nak pi obersi dalam masa terdekat ni hihikss. Tapi insyaAllah.. rezeki Allah tu luas. Takkan semua benda kita nak serentak, ye tak?




Okbai.


Saturday, August 29, 2015

Wear the right size - love your assets!

Salam.

Harini aku nak cerita sikit pasal hal kewanitaan. Aku akan sebolehnya menggunakan term yang sesopan mungkin supaya tak menimbulkan unsur yang tidak sepatutnya. Haha

Tahukah anda, 80% wanita dalam dunia memakai saiz brassiere yang salah?

Dan sebelum ni aku termasuklah dalam golongan 80% tu. Alhamdulillah lately aku diberi kesedaran untuk mendapatkan saiz yang betul. 

Since puberty lagi I was gifted with small figure and big assets. Dulu main tibai je pakai size apa pun and design apa pun. Sebab tengok kawan-kawan boleh pakai. Padahal obviously I couldnt wear halter or strapless. Not even half or 3/4 cups. This was because I didnt know that I was wearing the wrong size, and worse, I went to stores yang didnt provide MY size. 

Of course, common brands dekat Msia ni only cater sizes yang diorang rasa somewhat 'normal', which means small cups for small figure, big cups for fuller figures. So macam mana dengan those petite girls with bigger assets? What they did, was suggesting me the closest size that they can provide. And of course, although I thought I felt comfortable, it was actually making things worse.

Sampai la aku bersalin, the size I used to wear lagilah jadi merapu-rapu. Tak support my assets at all. Instead of assets ikut brassiere, ni jadi brassiere pulak yang follow mana assets pergi. Ditambah pulak dengan tengah nursing sekarang, I noticed my assets jadi saggy and my back starts to ache. 

So few days ago aku decide untuk invest in getting the right brassiere. Aku google brands that carry larger cups and minimizer brassieres and found out about Xixili, Marks & Spencer, and Triumph. Aku dah try Triumph (the maximum cup that they have) but still tak ok. So I went to Xixili and get a proper measurement. There, I learnt a lot from the Chinese salesperson auntie.

According to her, I need to wear a full coverage design brassiere. Not only the correct size. Sebab cutting yang berlainan, walaupun size yang sama, tak tentu lagi boleh give enough support. Rupanya aku punya band is one size smaller and cup a few size bigger. Auntie tu bagi aku 5-6 designs untuk try and dia tunjuk mana yang fit and tak. I immediately understood what she meant. See? Betapa pentingnya pergi kedai yang betul dan dapatkan proper fitting and consultation.


Apa faedahnya pakai size dan design yang betul ni?

1) prevents sagging assets

Auntie tu cakap disebabkan selama ni aku pakai size yang salah and tak support, assets tu 'jatuh' due to gravity. Macam belon, makin lama makin layut, thats why size pun makin lama makin bertambah.
 
Seriously, bila pakai size betul, terasa beza dekat badan because the weight of your assets distributes evenly throughout your body. Rasa ringan je.

2) prevents back ache and corrects body posture

3) baju jadi longgar!

Aku punya bahu 14.5", lilit waist 26". Sepatutnya aku boleh pakai baju saiz S-M, tapi disebabkan assets yang agak menyerlah, I resorted to L and above. Because of that, aku nampak lebih besar daripada realitinya. Encik suami pun tak berapa suka aku pakai shawl sebab walaupun labuh, 'scallop' dia tu macam accentuate aku punya assets sebab dia 'ke depan'. Sedih tau.

Bila pakai the correct brassiere, terus terasa longgar jubah yang selama ni muat-muat dekat bahagian chest. Baju pun 'jatuh' je, tak 'ke depan', and tak bagi illusion as if perut aku buncit, macam sebelum ni.

See? Dapatlah kurangkan attention mata-mata orang ke situ! 


Aku rasa gambar ni dah cukup memberi idea tentang explanation aku kat atas tu. Sumber : google.


Jadi kepada wanita-wanita di luar sana, selain dari beli handbag, kasut, dan baju mahal-mahal tu, invest la sikit untuk get a proper fitted brassiere. Bukan untuk sekarang je tapi untuk masa depan jugak. Walaupun kat dalam tu orang tak nampak, tapi sebenarnya kesannya nampak di luar tau, even labuhkan tudung sekalipun. Pada yang dah kahwin, kalau suami anda mempertikaikan kenapa yang dalam tu sama harga atau lagi mahal dari yang kat luar, bawak je dia pergi kedai dan suruh salesperson tu ceramah kat dia jugak. Alah, untuk suami anda jugak kan? Hehe

Ok, semoga bermanfaat!




P/s: first time update blog guna phone.




Tuesday, July 21, 2015

[Review] barangan berpantang - Tanamera, NR, Spa & Ma

Salam :)

Selamat hari raya aidilfitri semua! Semoga korang bahagia di hari kemenangan di sisi keluarga dan sanak saudara. Alhamdulillah, harini hari terakhir aku berpantang.


...


Kahkahkah. Berpantang lah sangat. Disebabkan nak raya, aku telah menghabiskan pantang sendiri awal beberapa hari. :D Teruk sungguh perangai.

Oleh itu aku rasa ni waktu yang sesuai untuk aku review barangan berpantang yang aku dah mention dalam entry aku yang ini. Untuk pengetahuan korang, aku spend 3 minggu pertama berpantang dekat rumah mertua di Kedah, dan selebihnya dekat rumah mak sendiri di Selangor. Jadi proses berpantang aku dekat 2 tempat ni sangat berbeza.

Dekat rumah mak mertua, mungkin sebab rasa tanggungjawab jadi mak mertua aku memang jaga betul-betul aku pantang. Tak gerak banyak, makan berhantar ke bilik, baby pun banyak mak mertua aku pegang. Bila balik rumah mak sendiri, mak aku tak berapa kuat, jadinya memang aku banyak jaga baby sendiri. Dan mak aku pun bukanlah jenis jaga pantang sangat. Dia ikut je aku nak pantang apa.

Nanti aku cerita lebih detail pasal rutin berpantang. Sekarang aku nak cerita pasal barang yang aku guna dulu. Meh tengok satu-satu.



Curi gambar entry haritu sebab malas snap gambar lain.



Tanamera VCO

Actually yang ni bukanlah barang berpantang pun, sebab aku guna waktu pregnant sejak 32 weeks. Untuk buat perineal massage dan jugak sapu dekat perut setiap kali lepas mandi untuk elak stretch mark. Alhamdulillah, hasilnya memang perut aku takde stretch mark! Yihaaaa!

Tentang perineal massage pulak, aku rasa tak berkesan sangat kot sebab aku tetap kena jahit dan episiotomy HAHA. Tapiiii proses bersalin aku alhamdulillah dipermudahkan, taktaulah perineal massage ni menyumbang ke tak tapi mungkin salah satu faktor la kot. KOT.



Tanamera Herbal Bath

Herbal Bath ni masih lagi berbaki beberapa paket. Aku just guna secara konsisten (ewah) masa berpantang dekat rumah mertua aku. Setiap pagi sebelum mak mertua aku gi kerja dia akan rebus dan letak siap-siap dalam baldi kat bilik air. So aku tinggal mandi je.

Bila balik berpantang kat rumah mak sendiri, mak aku tak kuat nak angkut-angkut air panas bagai. Kalau nak, aku kena rebus dan angkut sendiri la jawabnya. Alhasil, memang aku tak buat lah! HAHAHA.

Herbal Bath ni dia macam teh. Bau dia pun tak berapa kuat. Rasa tenang je bila mandi panas-panas suam. Lagi-lagi bila malam ko tak cukup tido sebab asek bangun susukan baby. Memang waktu mandi ni lah waktu yang paling aman dan bahagia. HAHA. Rasa segar je. 



Tanamera Brown Soap

Hah ni ada cite sedih sikit pasal sabun ni.
Punyalah sayang aku kat sabun ni, aku siap potong kepada 3 bahagian sebab nak jimat, yaitu suku, suku, dan setengah. Lepas mandi dengan air herbal bath tu, aku akan mandi cam biasa dengan sabun ni. 

Nak dijadikan cerita, lepas dah guna dua bahagian suku tu, aku pun proceed lah dengan bahagian yang setengah tu.

Orang kata kalau sayang sesuatu tu, jangan terlampau sayang, nanti dia hilang.

Alkisahnya, bahagian sabun yang lagi setengah tu terjatuh dalam lubang jamban waktu aku baru nak guna. Sob sob sob T_________T

Tu jelah pun kisah sedihnya. HAHAHA.

Apapun memang sabun ni bagi aku best. Fungsi dia macam lulur cuma lebih praktikal sebab kau guna macam sabun biasa je. Takyah nak tepek-tepek pastu tenyeh-tenyeh tunggu kering baru boleh bilas bagai. Bila ada anak kecik ni, masa itu emas okey. Setiap saat tu berharga. Semua benda kena buat cepat-cepat. Memang hasilnya kulit jadi agak cerah dan halus. Tapi sebab aku dapat guna separuh je, kecerahan tu pun separuh jela HAHA. Nak beli yang baru, malas pulak. Postage je dah sepertiga harga sabun. Terima kasih jela.



Spa & Ma Shape Up Lotion

Antara item favourite aku. Paling cepat habis pun iya. Bau dia sangat best mungkin sebab ada kandungan serai wangi. Panas-panas sedap je bila sapu. Biasanya aku akan sapu Minyak Herbanika dulu dekat perut, peha, punggung lepastu topup dengan Shape Up Lotion ni untuk pecahkan lemak-lemak degil tu. Kalau rajin lepastu pakai bengkung.

Hasilnya, kempis tu memang kempis, tapi tang perut tu kulit taklah setegang sebelum pregnant. Nak tegang kena buat sit up lerrr.
Aku tengah nak cari pengganti Shape Up Lotion ni sebab Spa & Ma dah tak jual loose item. Lotion Mustajab tu best ke tak ye?



Spa & Ma Pilis Herba

Biasanya aku sapu kat dahi lepas mandi. Kalau terover sapu pedih jugak la mata ni HAHA.  Bau dia pun best jugak, tapi tak se-best Shape Up Lotion la. Tapi yang tak bestnya, panas dia sekejap je. Aku dahlah pemalas nak ulang sapu.

Belum habis lagi Pilis ni. Yang ni, pada pendapat akulah, mungkin tak berapa perlu kot. Pakai Minyak Herbanika pun dah cukup sebagai pengganti pilis.



NR Minyak Herbanika

Ni pun favourite. Selain sapu kat perut, peha, punggung, aku sapu kat tapak kaki jugak sebelum pakai stokin. Selain tu aku suka tuang sikit kat tapak tangan, then ramas-ramas kat kulit kepala lepas mandi. Pergh rasa segar berangin je kepala ni. Tapi jangan sapu banyak-banyak pulak kang gatal pulak kepala ko HAHA.

Bau dia betul-betul bau berpantang. Brand ni pun memang dah lama bertapak kat Msia ni, so no wonder lah kan.

Bila rasa perut macam masuk angin, cepat-cepat sapu minyak ni. Yelah nak breastfeed, kang anak pun masuk angin jugak, naya.



NR Phytonatal

Ni lagi favourite. Eh sume kau nak favourite, over betul HAHA.
Masa awal-awal lepas bersalin, 5 hari jugak aku tak buang air besar. Cuak punya pasal. Seriau takut jahitan terbukak. Risau laki aku tengok, makan cam biasa tapi buang air nye tak. Akhirnya aku pun try makan Phytonatal ni. Alhamdulillah lepas tu terus boleh buang air dengan lancar. HAHA.

Lepas tu aku teruskan makan sampai la sekarang. Aku makan 2 biji sehari. Tiap-tiap hari dapat buang air dengan riangnya hehe. Alhamdulillah baby pun ok takde kena jaundice ke apa. Kalau ada rezeki aku ingat nak teruskan sampai lepas pantang pun. 



NR Akar Herbanika

Yang ni aku baru tambah lepas 3 minggu berpantang. Sebab aku ada terbaca kat FB Bidan Kak Ice, dia kata kalau makan Phytonatal kena amalkan Akar Herbanika sekali. Akar ni ada 2 size, satu yang kecik 15 sachet, yang besar pulak 30 sachet. Aku pun belilah dulu yang kecik, sebab takut tak compliant kan. Kang beli besor-besor, bazir je tak habis. Surprisingly, aku gigih minum Akar ni setiap hari. Rasa rugi plak tak beli yang besor.

Sebelum tidur aku bancuh sesiap dalam termos kecik then bawak masuk bilik. Sepanjang malam everytime baby terjaga nak susu je aku akan minum Akar ni. Alhamdulillah, susu banyak, badan pun rasa segar je. Takdelah depress kan tak cukup tidur.

Asik jaga luaran je, dalaman pun kena jaga jugak ye tak? :D





Kesimpulannya, so far aku berpuas hati ngan semua item yang aku beli ni. Next time kalau aku pregnant lagi (amboi, baru habis pantang dah fikir nak pregnant lagi kahkahkah) kemungkinan besar aku akan beli loose macam dekat atas except mungkin Pilis Herba tu kot, ataupun beli set NR. Sebab pada aku NR sangat best!

Pasal berat badan pulak, waktu minggu terakhir aku pregnant, berat aku 58 kg, lepas sebulan bersalinkan baby H, alhamdulillah berat aku dah jadi 50 kg. Target aku adalah 46 kg, so ada lagi 4kg untuk dikikis! Seluar dan baju-baju sebelum preggy pun dah boleh sarung balik. Yay!  InsyaAllah lepas ni nak jaga makan, lagipun aku kan kena ganti puasa sebulan! HAHAHAHA. Nilah masa terbaik untuk aku diet secara sihat!




Okey sampai situ dulu.
Till next entry!

Friday, June 26, 2015

Pengalaman Bersalin

Salam :)

Huish. Dekat 3 minggu dah belog aku nih sunyi sepi. Last entry aku dok merungut pasal tak bersalin lagi. Haaa.


Omputih kata, "be careful what you wish for." Memang kena setepek lah dekat aku XD


Aku tulis entry tu waktu pagi. Petangnya, alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT aku selamat melahirkan baby boy waktu usia kandungan 40 minggu 1 hari :)


Taktaula ada orang baca ke tak blog aku ni. Tapi aku tulis jela. Aku cakap dulu awal-awal. Entry ni bukan nak bandingkan cara aku bersalin dengan orang lain bersalin ye.. setiap pengalaman orang bersalin tu berbeza tapi semua tu anugerah Allah yang tak terhingga.. ni sekadar nak berkongsi je.







Alkisah...



Tengahari tu suami aku balik rumah sekejap nak rehat. Baru discuss-discuss ingat nak order Domino's sebab barang dapur dah habis. Memang malas nak topup sebab dah due kan. Kang beli-beli lepastu busuk pulak tinggal lama-lama. Alih-alih tetiba tak jadi. Ingat nak order malam pulak untuk dinner. Pastu tengok suami membuta, aku pun membuta la sekali.


Dalam dekat pukul 2 petang, bangun-bangun tetiba dah start rasa sakit. Kali ni sakit dia lain dari false contraction sebelum ni. Rasa cam organ-organ dalam abdomen kau mengeras kejung sampai ke punggung. Ha gittew. Taktau nak explain camne lagi. Hahah.

Aku pun gitau suami. Dia try cek bukaan (he's a medical person). Dah 2 cm. Dan masa tu jugaklah ada bloody show. Orang kata kalau 'kembar darah' ni lagi sakit. Wallahualam. Tapi memang sakit gilerrr pun even baru awal-awal. Tak kasi can punya.


Masa tu husband dah suruh mandi and siap-siap. Sementara tu dia pergi tempat kerja jap, settle apa-apa yang patut sebelum bawak aku pegi hospital. Handset dia suruh pegang sentiasa. Hatta masuk bilik air sekalipun. Aku angguk-angguk je. Kalut pulak tetiba. Macam ni rupanya rasa nak bersalin.







Lepas suami pergi, aku cepat-cepat mandi air panas. Konon ingat nak mandi lama-lama, tapi takleh sebab sakit sangat. Ketuban tak rasa pecah lagi tapi aku rasa dah ada leaking sikit-sikit. Masa solat Zuhur pun terpaksa solat laju-laju sebab bila contraction datang tak mampu nak berdiri. Konon nak mengaji pun tak kuat jugak. Allahu. Yang aku ingat lepas solat tu aku terus menonggeng atas katil sambil time contraction. Masa tu dah start 2 contraction in 10 mins.. sambil-sambil tu aku kunyah Chipsmore buat bekal tenaga. Almaklum kan tak lunch lagi. Kalau aku tau aku order Dominos tu awal-awal. HAHAHAHA.

Masa ni dah bagitau family, call mak mintak ampun sume.

Dalam pukul 3 petang husband pun balik. Masa ni masih tak sure nak pergi hospital mana. Hospital yang kitorang plan nak pergi kalau tak jammed, akan ambil masa 45 minit. Kalau ikutkan anak pertama sebenarnya sempat je.. tapi tah kenapa aku punya contraction ni aku rasa strong sangat sampai rasa cam ragu-ragu pulak nak pergi yang jauh ni.

Akhirnya husband soh aku tenang dulu kejap. Yela orang tengah sakit ni memang takleh berfikir lurus HAHA. Dia soh aku baring kat tilam depan tv, sambil dia suapkan kuih telinga kel*ng dengan buah delima. Sambil tu dia time contraction. Mula-mula dia tak caye yang duration contraction aku 1 minit. Bila dia time sendiri, barulah dia cakap


"eh haah la yang. Contraction awak 1 minit. Bagus bagus bagus. Kuat ni". 

Amboi. Aku yang sakit bolehlah dia kata bagus. Sabo jelah. HAHA.









Pukul 4 petang, aku cakap kat suami, dah sakit sangat ni. Tak tahan dah. Suami pun cakap


"okey, jom gerak." 

Kitorang pergi hospital yang dekat dulu. Yang jaraknya cuma 10 minit dari rumah. Kononnya nak check dululah. Kalau lambat lagi, mungkin nak pergi hospital yang jauh tu jugak. Walaupun dalam sudut hati aku sebenarnya dah tak sanggup lagi dah nak pergi hospital lain lagi. Dalam kereta aku dah tak mampu nak bercakap dah. Aku just genggam tangan suami kuat-kuat bila contraction datang (suami bawak kereta auto ye. Hihi).

Sampai kat hospital, 2-3 orang HO sambut. Amboi. Hehe. Terus masuk bilik rawatan. Bila datang dia punya mengeras tu.. nak naik katil pun tak boleh. Aku berdiri dulu tepi katil sambil terbongkok. Sakit gilerrrr dah ni. Agak-agak contraction subside cepat-cepat aku naik. Bila cek bukaan, dah 4 cm. Macam-macam perasaan sebenarnya bila dengar 4 cm tu. Lega sebab 4 cm dah boleh masuk Labor Room terus. Tension pun ada sebab dah sakit gila ni baru 4 cm je?????? HAHA.

Aku dengar suami bincang-bincang ngan HO kat belakang tirai pasal nak bersalin kat hospital mana. Dalam hati aku cakap tolonglah kasi aku bersalin sini je.. tak larat dah nak pergi mana-mana. Nak turun katil pun kalau boleh aku takmau. HAHA. Pastu aku dengar la dorang kata contraction aku dah strong sangat.. takut terbersalin dalam kereta pulak nanti. Lega sikit la. Pastu suami masuk, pegang tangan aku, sebelah lagi pegang ubun-ubun aku, baca ayat-ayat apa tah. Waktu takde contraction, aku bisik kat suami,

"Dah nak bersalin dah.." sambil senyum lemah. 

Memang aku tak larat gila dah time ni. Suami pun senyum balik. Tapi dapat baca la muka dia resah. Hehehehe.









Few minutes lepas tu dengar dorang cakap nak hantar aku pi Labor Room. Dorang pun salinkan aku baju pink yang comel ittew. Ingatkan nak tolak sekali ngan katil. Kena naik wheelchair rupanya. Malas betul aku nak turun katil. Sakit wehh. Labor Room dekat blok sebelah. Masa on the way ke labor room tu, time takde contraction, aku siap gurau lagi ngan nurse yang tolak wheelchair tu..

"saya berat ye?" haha.

Time contraction datang, aku cakap (almost menjerit) kat suami

"Yanggg sakitttttttt" sambil baca zikir Nabi Yunus.

Tah mende-mende la aku mengarut waktu sakit ni. Macam di luar kesedaran pun ada gak.









Sampai je kat Labor Room, aku sorang je patient yang ada. Wah kemain meriah. Nurse, HO, MO semua pakat kumpul kat aku je. Masa ni memang tak boleh blah dah sakit dia. Suara aku memang tak terkontrol dah waktu ni. Bila aku bukak mulut je mesti nak meraung haha. Serius, macam takleh kawal tau.

Masa ni VE yang tak sakit pun dah jadi sakit gila. Padahal contraction yang sakit. Pasang CTG, aku dengar dorang cakap baby brady (heartbeat baby kurang). Ah sudah. Jangan tetiba kena tolak OT dahlah.









Dalam kekalutan aku meraung tu dorang try bagi aku gas Enthonox tapi aku rasa gas tu rosak sebenarnya. Takde kesan pun. Haha. Masa ni aku rasa contraction lamaaa sangat. Macam tak berenti pulak.

Bukaan masa sampai kat Labor Room tu baru 5 cm. Aku masa dengar "5 cm" tu rasa macam nak sepak semua orang yang ada. Kalau sakit macam ni baru 5 cm, dah tu 10 cm sakit macam mana?????? HAHA.

Aku cakap kat suami "Yangggg.. sakit yanggg.. nak berak sangat ni.." 
"Saya tau yang.. tapi takleh push dulu.. baru 5cm ni.."

 Aku rasa nak merajuk ngan suami masa tu. Sampai hati tak bagi push hahaha. Tah pape la judgement aku masa ni.










Last sekali, contraction yang PALINGGGG SAKIT datang. Memang aku literally meraung

"SAKITT.. RASA NAK BERAK SANGAT-SANGAT DAHHH". 


Then mungkin staff nurse tu pelik kot apesal aku macam sakit giler je. Dia pun buat VE lagi sekali. Rupanya dalam masa few minutes tu, tetiba bukaan aku dah FULL!

"Dah full ni! Bukak set!!" Staff nurse tu jerit taktaulah pada sape.

Aku dengar je "Full", terus ucap Ya Allah Alhamdulillahhh dalam hati.

Terus dorang cabut segala mak nenek CTG dan prepare untuk aku push.

Husband tetap kat sisi genggam tangan aku.








"Ok bukaan awak dah full ni. Bila ada contraction je, curik nafas then push macam sembelit. Jangan keluar suara ye. Pegang pergelangan kaki macam ni" 

Berkobar-kobar semangat aku masa ni. Tak sabar betul aku nak teran. HAHA. Maka, bila ada contraction je, cepat-cepat aku teran sekuat hati.

"Push! Ok bagus.. lagi sikit!" 

Masa ni aku perasan dia buat episiotomy. Tapi tak rasa apa pun. Contraction lagi sakit.

"Ok sikit lagi ni. Kepala dah keluar. Tinggal badan je"

Push lagi.

"Okey dah dah baby dah keluar dah. You dah tak payah buat apa-apa lagi."

Fuhh. Lega. Hilang terus semua kesakitan yang ada.

Alhamdulillah. Pukul 6.10 pm 7 Jun 2015, baby boy seberat 2.9 kg pun selamat dilahirkan. :)











Oklah aku tulis sampai sini je dulu. Panjang sangat pulak entry ni. Padahal cerita yang jangka masanya 4 jam je. Tahniah kalau anda berjaya membaca sampai sini. Haha. 

Kalau ada kesempatan nanti aku cerita pasal berpantang dan pengalaman dekat ward pulak ye. Ok bai!







Sunday, June 7, 2015

Overdue

Salam :)


Rasa macam dah lama pulak aku tak merapik kat sini.

Harini : 40 minggu 1 hari. Ye semalam dah due tapi baby masih selesa dok kat dalam. Haha. Langsung takde sign. Berduyun-duyun orang whatsapp tanya dah bersalin ke belum, aku hanya mampu sengih jela.



Sejujurnya aku takdelah kisah sangat overdue pun. Takde masalah pun aku mengendong perut ni ke sana ke sini. Cumanya, mungkin orang pregnant je yang paham kot perasaan tu.. Ko bukan risau pasal diri kau je. Asik tertanya-tanya, budak ni elok tak kat dalam ni.. movement okey ke tak.. bila sejam tak gerak tu, mulalah gelabah sesorang. Kadang nak tido pun risau. Takut aku tak detect kalau movement dia reduce. Lainla kalau ada mesin ultrasound tu kat rumah. Bila-bila boleh check sendiri baby okey ke tak. XD



Lepas tu kalau boleh.. taknaklah sampai kena induce kan. Makin overdue, maknanya possibility untuk nak kena induce makin la tinggi. Pastu kalau induce tak berjaya --> C-sect. Adoi. Jangan salah paham ye.. tak terdetik langsung nak double standard bersalin normal lebih baik dari C-sect ke or sebaliknya. Cuma yelah sape je yang taknak semuanya datang naturally kan. Tapi kalau dah terpaksa.. aku redha je. Hihi. Apa saja yang terbaik untuk baby. Gittew


Apa pun doakan semua berjalan lancar ye.





Anyway.. haritu mak aku datang. Siap bawak barang kiriman dari akak aku. Akak aku preggy jugak.. Beza 6 minggu tak silap. Cuma akak aku dah planned for elective C-sect. Anak no 3 dah dia.




Bottle Tommee Tippee tu akak aku bagi sebab dia beli set botol lain warna pink. 
Bawah tu bengkung Leesa Formula ngan Spa & Ma. Sebab akak aku dah preggy no 3 dan setiap kali beli set pantang dia dapat bengkung so banyakla koleksi bengkung dia hihi



Sarung tilam, bantal ngan selimut owl yang akak aku jahitkan. Untung betul jadi orang kreatif.
Elok je muat-muat walaupun akak aku tak penah tengok pun tilam kekabu yang aku beli ni.
Hari-hari aku dok jeling playpen. Geram tengok hahaha. 




Esok ada check up kat KK. Kite tengok dokter cakap apa. Hehe
Ok bai korang. 





Friday, May 22, 2015

Weight gain sepanjang pregnant

Salam :)


Aku taktaulah orang lain. Tapi aku excited nak berpantang. Taktaulah kenapa. Mungkin bab yang paling aku excited adalah part nak kena urut, bertungku, berbengkung bagai tu.

Oh by the way.. husband dah decide.. seminggu aku berpantang kat rumah mertua, selebihnya dekat rumah mak aku sendiri.

Bila fikir balik, kesian juga kalau aku chow balik rumah mak aku awal-awal. Tak sempat laki aku nak gomol baby sado puas-puas. Jadi aku pun bersetuju jelah dengan apa-apa yang dia decide.

Dan aku cakap kat dia awal-awal, dia kena mandikan baby masa baby baru-baru lahir. Kahkahkah.. anak bongsu la katakan, pegang baby pun tak biasa.. ni pulak nak mandikan. Seriau aku nak pegang baby lagi-lagi tengah tak kuat camtu.






Atas nasihat kakak aku, kitorang beli baby bath bed ni. Warna biru.
Puas jugak la merajuk ngan encik suami sebab pada dia tak perlu pun.
Sebab malas layan aku merajuk, dia pun setuju jelah. Kahkahkah





Aku tanya mak mertua, kat sini ada tukang urut ke.. mak mertua aku kata ada. Hopefully ok lah.. kalau boleh aku nak start berurut bertungku berbengkung sume tu awal-awal.






Sesetengah orang tak suka berpantang mungkin sebab terperap dalam rumah.. atau makanan pantang tak sedap. Aku pulak jenis memang tak berapa keluar rumah.. so takdelah aku kisah sangat pun terperap. Lagi-lagi dah sarat ni.. seminggu sekali laki aku cuti time tu jela keluar kot. Aku paksa jugak diri berjalan supaya mudah sikit nak bersalin. Tu pun jalan sikit aku dah mengadu sakit kaki sakit pinggang sume nak sakit.. dasar mengada-ngada haha.

Makanan pantang pulak aku rasa ok je kot.. sebab aku memang suka makanan bakar, kukus, rebus ni. Nanti pantang umah mak aku, aku nak request ikan stim hari-hari la. Feveret tu






Matlamat berpantang macam yang aku cakap haritu.. of course untuk turunkan berat badan. Aku tengok Irine Nadia baru 18 hari pantang dah slim melim.. pergh terus aku terinspirasi.





Tapi aku ni, sebelum pregnant jenis berat statik je. Once dah turun, dia akan dok macam tu je. Or kalau sekali dia naik, dia terus susah nak turun-turun. Haha.

Masa sekolah dulu aku bam bam. Berat average 49-51kg. Makanan asrama sedap sangat agaknye. Haha. Asrama ngan kelas pulak tingkat bawah je.. tak bersenam langsung aku waktu tu. Memang dia dok tang tu jelah.

Start masuk matrix pulak berat aku turun mendadak, mungkin sebab schedule packed and kebetulan matrix aku tu berbukit-bukit, plus bilik aku tingkat atas sekali and blok paling jauh. Haha.. masa tu average dalam 44-46kg. Dia dok tang tu sampai la aku buat degree, pastu kawen dan kerja. Lama tu.. 2007 sampai 2014. Kira 6-7 tahun jugak la. Paling sekeping time kerja la. Baju-baju pun menggelobos je.





TIBA-TIBA BILA PREGNANT NI NAIK 11 KG!


Dari 46 kg --> 57 kg. Tu pun baru 38 minggu ni. Masih ada 2 minggu lagi okeh! Haha

Maka aku sangat la risau lepas bersalin pun berat aku tak turun banyak. Takut dia statik je. Apetah lagi nak balik ke berat zaman anak dara. Takut dia tepu sangat dok berkumpul jadi selulit. Lagi-lagi tang hips and peha.. adoi XD




Ni weight gain aku dari awal pregnant. Minggu 6 --> minggu 26.
Nampak tak kenaikan mendadak disitu.



Minggu 28 --> minggu 37. 
Tapi dah hujung-hujung pregnant ni weight gain slow pulak.




Mengikut analisa aku, berat aku paling naik mendadak waktu minggu 10-28. Dalam masa 4 bulan setengah tu, berat aku naik 9kg. Padahal patut secara fisiologinya berat orang pregnant naik mendadak waktu 3rd trimester.. sebab masa tu baby tengah rapid growth. Aku terbalik pulak. Zzz. 




Aku syak culprit nye adalah ubat muntah aku. Haha. 

Sebab bila aku morning sickness sebab makanan lambat hadam --> consume ubat muntah supaya cepat hadam makanan --> sekejap je dah lapar balik --> kena makan lagi untuk elak gastrik pulak --> cycle goes on.

So aku memang makan banyak meskipun aku morning sickness teruk waktu tu. Mungkin sebab tu jugaklah weight gain aku banyak waktu 1st and 2nd trimester. Tu yang sampai 3 kali buat MGTT tu. Doktor pun heran.. kata muntah teruk tapi berat naik banyak. Haha

Tapi takpelah.. yang penting berat baby tetap menepati yang sepatutnya. 






Kesimpulannya aku tak sabar nak berpantang betul-betul. Harap-harap bersalin normal supaya boleh start Phytonatal tu awal. Dan kalau Phytonatal tu ok, aku ingat nanti nak try Phyto Cleanse Plus dengan Akar Herbanika jugak. Tu cadangan nye je lah.. Macam yang aku selalu cakap, aku jenis susah sikit nak compliant lagi-lagi benda yang kena telan ni haha.. 

Aku jumpa IG yang jual barang NR quite murah jugak. Kalau consistent nanti, next barang NR aku nak beli kat akak ni pulak lah. Dia sendiri pun memang amalkan NR ni.





Huish panjang pulak aku membebel sorang-sorang ni. Ok lah besok genap 38 minggu sudah. Masih menanti baby sado dengan penuh sabar. Hikhik. Doakan sumenye lancar-lancar saje! Bye korang