Wednesday, May 13, 2015

[Tips] Naikkan Hb

Salam :)

Aku baru balik check up untuk 36 weeks dekat KK. Alhamdulillah.. Sumenye normal except that kaki aku bengkak so lepas ni kena biweekly BP monitoring. Sebab takut ada risiko Pre Eclampsia kan. Dah hujung-hujung ni.. redha jelah. Nasib la KK dekat je ngan rumah. Tapi bercinta juga la nak pegi selalu. Nasib nasib.


Yang paling menggembirakan aku adalah Hb yang naik dari:


11.1 --> 13.1!



Alhamdulillah. Syukur sesangat! Last Hb aku atas 12 adalah waktu baru 10 minggu okey.




Selain Hb, yang aku risaukan adalah weight gain. HAHAHA. Nasib baik tak naik banyak.





So kat sini aku nak share la ape benda yang aku buat untuk naikkan Hb ni.


  1. Macam yang aku dah state dalam entry tentang supplement ni, aku memang dah diprescribekan oleh doktor untuk consume 2 biji iron tablet sehari. Sampai sekarang aku masih teruskan dengan penuh disiplin ye. Haha. Walaupun tak sedap langsung. Blergh
  2. Pastikan ambil supplement waktu perut kosong. 
  3. Makan supplement dengan juice yang banyak vitamin C. Aku makan dengan Twister orange.
  4. Setiap hari aku dipaksa oleh encik suami untuk makan buah delima. HAHA. Aku rasa buah delima ni membantu jugak sebab dia kaya vitamin C. Selain tu dia jugak membantu dalam mengawal blood pressure tau. So bagus la untuk aku yang berisiko ni. Lagipun, makanan sunnah of course la terbaik. Aku makan gitu je. Kalau rajin korang buat la campur salad ke.
  5. Lagi satu makanan sunnah yang aku ada consume adalah buah kurma dan pati kurma. Tapi yang ni aku admit awal-awal aku tak konsisten. Tapi insyaAllah membantu jugak.
  6. Kurangkan (kalau boleh jangan ambil langsung) kafein! Tapi disebabkan aku seorang caffeine addict, aku memang kena minum jugak setiap hari at least teh. So.. apa yang aku buat adalah jarakkan pengambilan teh tu dengan supplement. Tapi still, better jangan ambil langsung. Jangan ikut perangai aku ye. Hihi. Tadi lepas checkup sempat pi beli neslo ais bungkus ikat tepi kat kafe KK. Dalam hati "mampuih aku kalau bertembung dengan doktor" kihkihkih
  7. Makan makanan yang kaya zat besi. Contohnya bayam, kerang, daging merah. Yang ni of course la kan.. Sepatutnya yang paling utama. Tapi disebabkan barang dapur kat rumah aku ni agak limited, so part ni memang aku surrender la. Cuma aku banyak makan roti dan kacang panjang.


Tu jela kot yang aku buat. Harap-harap maintain takde masalah sampai bersalin nanti. Aminnn.



Btw, ramai betul orang mengandung sekarang ye. Dulu biasanya aku datang KK pukul 7.45, pukul 8 dah pegi test urine and Hb dah. La ni datang pukul 7.45, 8.30 baru dapat nombor. Dahla aku sengaja minum banyak-banyak.. tak pasal-pasal tak tahan nak ter wee wee. Haha.



Bye korang!






Monday, May 11, 2015

[Tips] Cara buat body scrub hanya dengan 5 barang dari dapur!

Salam :)


Aku suka benda-benda yang homemade ni. Tinggal rajin tak rajin jelah nak buat. Hihi. Bila datang mood dia tu, haaa habis semua benda kat dapur aku selongkar. This time aku nak bagi tips mudah nak buat scrub. Sekejap je nak buat dia. Lepas masak sambil tunggu suami nak balik kerja kejap lagi ha menyempat aku pi menggenyeh benda ni.



Bahan-bahan :




  1. Used teabags (aku biasa letak teh terpakai ni kat dalam fridge) - 3 uncang
  2. Gula (lagi kasar lagi bagus) - 2 sudu
  3. Madu - 2 sudu
  4. Minyak VCO / extra virgin olive oil / ikut suka korang la. Aku guna minyak VCO Tanamera - beberapa titik
  5. Air panas - 2 sudu


Cara buat :
  1. Koyakkan teabag dan keluarkan serbuk teh. Letak dalam mangkuk kecik.
  2. Tambah gula dan madu.
  3. Tambah air panas sedikit sahaja supaya konsistensi dia jadi bentuk paste - sesuai untuk jadi scrub. Jangan terlalu cair nanti jadi air teh pulak. HAHA. 
  4. Titikkan beberapa titis minyak VCO. Sedap ouhhh nanti bau biskut kelapa + teh. Hihi
  5. Kacau semua sekali.
  6. Dah boleh terus guna untuk scrub badan. Lumur lepas tu sental especially dekat bahagian-bahagian pelipat tu. Lepastu mandi dan sabun macam biasa.


 Serbuk teh, gula dan madu.


Lepas campur air panas dan minyak VCO.




Best tau scrub ni! Serius dia buat kulit jadi lembut dan segar je. Tak caye? Try lah! 
Oh another tip, kalau korang jenis suka pakai minyak aromaterapi tu ha boleh la campur sekali kalau nak bau-bau yang lebih enak. Personally aku prefer bau teh + kelapa ni. Cam bau-bau asli gitu. Hehe.


Senang je kan?
Ok bai korang!


Sunday, May 10, 2015

List barang baby

Salam :)


"Lain orang lain keperluan. Lain kemampuan. Jadi ukur baju dekat badan sendiri (dan badan suami HAHA)." 



Tu je yang aku dok tanam dalam kepala otak tiap kali bernafsu tengok preparation orang sambut newborn dekat blog mahupun insta. Bahaya juga follow orang "ada-ada" dekat insta ni. Iman kena kuat. Kau tengok orang beli 8 guni baju untuk anak dorang terus kau rasa baju anak kau tak cukup. Padahal dorang mampu biarlah. Kau beli yang perlu sudahlah. Bukannya tak boleh recycle. Dan bukannya tak boleh beli lagi nanti. Kan?


Bukan berkira.. dengan anak mana boleh berkira.. Anak ada rezeki dia sendiri. Just nak tekankan jangan membazir, banyak lagi keperluan anak di masa-masa yang akan datang. Kena fikir jugak tu. Sikit-sikit bolehlah.. kalau semua benda nak macam yang "ada-ada".. susahlah. Beringat sebelum kena. Ewah.


So far nilah preparation yang aku dah buat.. disebabkan aku seorang housewife dah tentu keperluan kami berbeza dari ibu bekerja ye tak. Jujurnya, preparation kitorang memang sangat simple. InsyaAllah.. later as time goes by kalau ada yang perlu lagi baru beli lagi.




Pakaian
  1. Baju siang - baju lubang-lubang paling legend. Haha. 5 helai size 0-6 bulan. Memang takde beli yang size newborn. Campur-campur Pureen, Tollyjoy, Cuddles, Baby Cheetah bla bla.
  2. Baju malam - 5 helai jugak. Sama size 0-6 bulan.
  3. Rompers - 1 pack baru kirim kat kakak untuk dibeli secara borong kat GM size 3-6months. And 1 pack preorder dekat Instashop brand Carters size 6-9 months masa ada one day sale, belum sampai lagi. Taknak beli yang kecik sebab baby kecik-kecik banyak dok dalam bedung je so tak nampak onesies comel-comel hihi.
  4. Baju jalan - 3 helai. Sebenarnya beli untuk buat baju raya. Tapi tak tau baby sempat muat ke tak. HAHA. Kalau besar sangat kena beli lain lah nanti.
  5. Set mitten & booties - 5 pasang
  6. Topi - 2 dah ada dalam set mitten booties
  7. Sapu tangan - 5 helai (1 pack) jenama Babylove
  8. Napkin - 1 pack jenama Pureen
  9. Barut - 10 helai tempah dekat Instagram : by_adeenda. Pilih warna-warna pastel plain guna kain flannel. Size yang boleh pakai lama :D
  10. Bedung - 4 helai (1 pack) brand Carters. Cukup dah kot. Budak bukannya nak bedung lama-lama pun.

Diapering
  1. Diaper newborn - belum beliiiiiiiii! Asik la lupa. Hopefully next outing ingat!
  2. Wet tissue - 2 travel pack brand Anakku, 2 dalam bekas brand Pureen.
  3. Cot sheet - brand BEBE. Ala yang getah biasa timbul-timbul tu
  4. Cotton balls - Ni kakak kata penting awal-awal sebab takut baby sensitive ngan wipes. Tengok nanti macam mana.
  5. Spray bottle - Not yet
Grooming
  1. Bedak - done. J&J
  2. Lotion - tak perlu rasanya
  3. Baby oil - done. Pureen
  4. Cotton bud - done
  5. Ketip kuku - done. Set Anakku sekali ngan hair brush
  6. Minyak Telon - done. Minyak Telon cap Lang! Hehe
  7. Nappy cream - done. Drapolene.
Bath
  1. Tuala - 2 helai brand Pigeon
  2. Tub - belum beli! 
  3. Bath set - beli head to toe wash Pureen je. Plus travel set Pureen untuk bawak gi hospital.


Feeding
  1. Bottle + teats - Bottle Tommee Tippee kakak nak bagi sebab ada extra. Yahoo!
  2. Brush - Jenama Pureen. Taktaulah boleh guna untuk bottle TT ke tak. HAHA
  3. Nipple cream - tak beli. Tengok keperluan nanti.
  4. Nursing pad - washable and disposable brand Autumnz.
  5. Breast pump - KIV. Pinjam kakak punya dulu. Kalau perlu nanti beli lain. Tengah mengintai Lacte Solo atau Malish Lifestyle. Hehe
  6. Nursing bra - done. Beli Autumnz masa tengah sale kat OBW. Hihi.
  7. Travel warmer - KIV
  8. Storage bottle - KIV
  9. Sterilizer + warmer - KIV
  10. Drying rack - KIV
  11. Bottle cleanser - Belum beli!
  12. Bottle carrier / insulator - KIV



Bedding
  1. Set tilam dan bantal - done. Tempah kat IG kekabuonlinedotcom. Gebus gebas gila tilam dia. Berbaloi-baloi. Sarung tilam kakak tengah buatkan. Yayy!
  2. Selimut - Ada 2. Satu hooded fleece blanket. Boleh buat travel sebab kecik. Satu lagi kakak jahitkan sepasang dengan cadar. Comelllllllllll tak sabar nak pakai
  3. Playpen - Gift from Mama. Tq ma :D


Dalam pada tengah berkira-kira nak beli playpen, tetiba mama offer nak belikan. 
Bagai orang mengantuk disorongkan playpen gitu kau. HAHA




Saje pilih corak ni sebab ni je stok paling neutral yang ada waktu tu. Gender pun tak tau lagi waktu tempah ni HAHA. Tapi fikir-fikir balik, kena buat sarung jugak.
Senang nak cuci kalau baby ter wee wee ke ter poo poo ke.
Alhamdulillah kakak offer nak jahitkan. Hehe tak sabar!



Travel
  1. Diaper bag - done. Bitbob!
  2. Stroller - Gift from mama. Sweet Cherry! Tq ma
  3. Carrier - KIV
  4. Nursing cover - KIV


Again, gift from mak encik. Rezeki baby. Alhamdulillah
Gambar google saje. Malas nak bukak stroller hahah


Others
  1. Confinement set - done. Loose item from Tanamera, NR and Spa & Ma.




Ni je kot kitorang prepare. Beli sikit-sikit, rasanya start dari baby 5-6 bulan camtu kot. Itupun tak lengkap lagi. Hihi. Ada sesetengah orang ikut pantang orang tua-tua, beli lepas baby dah 7 bulan ke atas. Pada aku, takpe kot beli dari awal. Selain dari boleh allocate budget sikit-sikit, at least kalau terberanak awal pun takdelah kalut nanti. 

Tapi terpulang la, setiap orang ada preference masing-masing kan. 



Okey, harap-harap by the time baby keluar semua dah ready. Bubai!





P/s: Harini dah 36 weeks 1 day! *_*

Monday, May 4, 2015

35 weeks update [ Grooming basket + added supplement ]

Salam :)


Actually takde idea nak update pasal apa. Harini dah masuk 35 minggu 2 hari. In few days, mau masuk 9 bulan sudah. Kalau ikut cerita mak mertua, 36 minggu tu dah bersalin adik ipar yang bongsu. Gulp.


Menjejak ke 9 bulan ni, banyak dugaan fizikal jugak sebenarnya. Tidur malam lena paling lama pun 2-3 jam je. Lepastu mulalah.. sakit sana, sakit sini. Pusing kanan, pusing kiri. Kejap-kejap nak wee wee. Belum masuk budak berguling-guling dalam perut lagi. Sampai senget-senget perut. Last last pegi iron baju suami, lepastu termenung. Pukul 5.30 tertidur, pukul 6 suami dah kejut sebab dia nak pi keje. Aku pun bangun siap-siapkan air panas semua.


Kaki bengkak toksah cite la. Rasa tebal jek kaki ni. Nak berdiri lama tak boleh, baring lama tak boleh, duduk lama pun tak boleh. Berjalan lebih-lebih apetah lagi. Sandal yang biasanya longgar suka tanggal sendiri pun sekarang tak muat dah. Akhirnya selipar jepang jugak paling selesa dalam dunia >.<


Ikut hati tak sabar nak bersalin. HAHA. Tapi biarlah baby keluar dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Ceh ye ye je tak sabar. Padahal diapers ngan botol susu tak beli lagi tu. Tah bila nak beli tah. Asek lupa je XD







Oh, saje nak cite pasal grooming basket ni. Sebab bila belek-belek macam comel pulak. Macam boleh buat hamper. Aku la rasa dia comel. Kalau korang tak rasa nasib korang la. Haha. 

Actually mula-mula blur jugak nak beli barang grooming newborn ni. Ada yang kata takleh pakai sebarangan la, kena pakai yang organic la apa la. 

Last-last, tibai jela. Lantak. Kalau tak sesuai nanti baru tukar yang lain. HAHA. Kau ingat murah barang yang organic bagai tu? Yang kecik-kecik pun dah beratus. Baik aku beli breastpump >.<

Beli barang ni sume asing-asing. Tiba-tiba bila dah kumpul eh macam comel pulak warna putih pink semua. Padahal dalam perut ni abang sado. Haha. Nasib ler




Kebanyakan barang toiletries aku suka Pureen, sebab bau dia memang bau baby-baby sangat! Hehe. Bedak J&J tu kebetulan aku ada lebih sebab letak kat hostel masa kerja dulu. Maka amik yang tu jela. Budak pun tak elok letak bedak banyak-banyak. Sebab macam dusty kan. Nak nak pulak mak bapak dua-dua pakat ada history allergy. Takat nak wangi-wangi nampak hensem sikit tu ok la kot. 

Basket tu pulak sebenarnya mak bapak dia yang punya, buat letak jam, gelang, benda kecik-kecik la. Beli kat Daiso saja. Tetiba sekarang dah jadi hak milik anak dah. Untung la kau nakkk. Bapak dia pun redho je haha






Encik suami insist tambah supplement lagi sebijik. Mungkin dia rimas dengar bunyi tulang aku keletup keletap tiap-tiap malam. Lepastu tak reti-reti nak minum susu pulak tu. HAHA. Baik tuanku, hamba menurut perintah.

Disebabkan banyak sangat pil nak kena telan hari-hari, maka aku pun beli bekas ubat seminggu-seminggu yang warna pink kat belakang tu. Senang cerita. Kalau travel pun tak miss.




Ok dah tu je nak cite. Baii





P/s: rasa sendi-sendi kat pinggang ni longgar jek. Tak sabo nak berbengkung lepas bersalin nanti!




Wednesday, April 29, 2015

My go-to makeup

Salam :)


There are those days when I'm just too lazy to apply makeup but at the same time need to look presentable. So here are the basic stuffs that I use when those lazy days strike. Takes 5 mins and I'm ready to go!



Compact powder : HEROINE MAKE SMOOTH COVER POWDER


This is my second jar and I'm so in love with it! The powder is smooth, has light-medium coverage, good on its own or as a setting powder. It has tiny tiny nano sparkles that reflect light and makes your face look, well, a little bit more alive. The sparkles aren't obvious though, if you're wondering. On those days when I'm too lazy to apply BB cream or foundation, I'll just apply this and I'm good to go.

It also has SPF 32 PA ++ (plus point!). Mine is in shade no #2. It only has 2 shades though and obviously mine is the darker one. It might be a bit of a turn off for those with tanner skin.




Cream blush :
CANMAKE CREAM CHEEK #5 SWEET APRICOT / ETUDE HOUSE MISS TANGERINE CREAM CHOUX BLUSHER #3 MISS BERRY


A little tinge of colour on the cheeks to make me look less vampire-ish. Cream blush is always the easiest since I can just blend them with my fingers. These 2 are my faves, depending on the color that suits my outfit on that particular day. The Canmake is my perfect coral, love to use it on those sunny days. While the EH is a cool toned dolly pink, makes you blush like Barbie XD A little bit really goes a long way with these two, so you don't want to over apply them. But of course in case it does happen you can always tone them down with a puff of powder.





 Eyeliner : KOJI DOLLY WINK LIQUID EYELINER


Just the perfect basic black liquid eyeliner. The tip is fine and pen-like, easy to apply. It's jet black, doesn't smudge, waterproof but still easy to wash off. And do I even have to mention how cute the packaging is XD





Mascara : SILKYGIRL BIG EYE COLLAGEN WATERPROOF MASCARA


I used to hate using mascara because it will be such a hassle when I have to perform Wudhu. Waterproof mascaras are usually really really waterproof, like it sticks to your eyelashes and the only way to take them off is by plucking your lashes (LOL). But this particular mascara is heavenly. I can just take them off with water or wet wipes and it won't even smudge leaving your undereyes like a panda. 

The fibers make my lashes look much longer. It does make my lashes clump together though, but in a good way (I wish I can explain this better lol). Andddd, its less than RM25. Yay for good and affordable makeup! XD 






Lip tints / stain : 
IN2IT GEL TINT #GT04 MELON / NYX SOFT MATTE LIP CREAM #SMLC02 STOCKHOLM / TONY MOLY TONY TINT


I'm not a fan of sticky lips so obviously lipglosses and lipsticks aren't for me. I much prefer lip tints and stains so these above are my faves. 

In2it Gel tint : a reddish orange color tint
NYX SMLC Stockholm : my perfect nude! Wore this on my wedding day! :D And it smells like candy
Tony Tint : berry colored tint. I wear this the most and it just doesn't look like its finishing anytime soon XD




So what's YOUR favourite go-to makeup? :)




Tuesday, April 28, 2015

Sempit! Tolong!

Salam :)


Semalam pi scan 2D dekat private clinic. Actually taktau pun berapa kerap nak kena buat scan ni. Tapi agak-agak macam dah lama je tak mengintai. Last masa week 25 haritu, masa buat 4D details. Sekarang dah 34 week. Maknanya dah 2 bulan lebih tak scan. Lama tuu. 



Tanya kat KK. Dorang cakap nanti masa week 36 baru scan. Mak oii. Kalau sebelum-sebelum tu dah jadi pape macam mana? >_< So aku fikir ada baiknya aku pi sendirik jelah. Bayar lebih sikit pun takpe asal hati senang. 



Bukan apa.. aku tak mempertikaikan KK pun sebab tak buat scan selalu. Faham jugak, benda free jenuh la kalau nak buat scan beratus-ratus orang tetiap bulan. Cumanya bila check up nurse akan check progress baby dengan check heartbeat and fundal height je. Tu pun heartbeat tu kadang dapat tak dapat je. Bunyi usus aku je yang lebih. Aku peratiii je hahahaha. Fundal height pun takdelah accurate sangat kalau nak tengok progress baby. 




Bila scan ni, kau dapat check

Posisi placenta ok tak?
Posisi baby ok tak? Cephalic ke? Breech ke?
Air ketuban cukup tak? Ke lebih?
Boleh estimate size baby.. Up to age ke tak?

Dan macam-macam lagilah. Rasanya most parents pun tau dah pasal ni.





So setelah aku pi check semalam, alhasil scan doctor tu cakap..


  1. Perut aku agak kecik untuk 34 weeks, tapi baby normal to age. Jadi agak cramped kat dalam tu. Plus baby sangattttttt aktif! Doc kata mesti dia tensen kat dalam tu sebab sempit HAHA
  2. Placenta position okey, tapi sedikit low. Hopefully dia stay jela macam tu. Jangan turun-turun ye
  3. Air ketuban cukup despite perut kecik. Alhamdulillah
  4. Estimated fetal weight (EFW) 2.3kg, sesuai usia gestation. Yeay! Hopefully sikit lagi dah sampai 2.5kg.. lepas tu dah boleh tarik nafas lega
  5. Kedudukan baby kepala kat bawah. Doc kata insyaAllah takkan pusing-pusing lagi dah sebab cramped. Kalau pusing gak memang dia naughty la. XD Plus memang kepala baby dah agak turun. Patutlah aku rasa berat je kat bawah walaupun perut tak besar. Zzz
  6. Masa tengah scan nampak baby punya jari-jari tengah pegang tapak kaki dia. Macam baby hisap jari kaki tu. Olololoooo. Lapar lettew. Memang aku belum makan pun waktu tu. Kihkih
  7. Yang agak merisaukan aku adalah sebahagian cord duduk betul-betul sebelah leher baby. Cuma dia tak go around neck la. So doctor suruh aku take note betul-betul dia punya movement. Just in case..
  8. Gambar tak dapat amik proper pun, sebab dia dok berlawan-lawan dengan probe USG yang melengkung tu. Probe tak dapat melekat kat skin aku betul-betul. Sabo jela anak oiii



Dapat gambar perut je pun jadilah >.<

Due aku 6/6 tapi doc kata nampak gaya-gaya dia ni macam tak sampai due. Sebab cramped sangat and baby very active. Funny, sebab sebenarnya aku punya instinct pun rasa macam tu! XD Wallahualam.. Tapi kalau nak keluar awal pun biar la sampai full term dulu ye baby. Tak lama pun lagi.. 3 minggu je. 




Eh? 3 minggu je lagi? *gulp*


Baby besar sikit nanti haku nak beli onesies banyak-banyak. Tak pedulik!


Ok bai!


Thursday, April 23, 2015

Perineal massage : perlu atau tak?

Salam :)


DISCLAIMER : Ini hanyalah entry pendapat aku berdasarkan beberapa sumber yang aku baca dari internet sahaja. Sila bertanya pada orang yang lebih professional (doctors/nurses/midwives) untuk informasi yang lebih tepat dan jitu.



Aku rasa sekarang dah banyak yang mula mengamalkan perineal massage ni dengan tujuan untuk memudahkan persalinan dan mengurangkan tear ketika bersalin normal. 

Apa benda perineal massage tu?
Camne cara nak buat dia?


Hah yang tu engko google sendiri. Dah banyak sangat belog yang tulis pasal tu. Harini aku nak tulis pasal benda lain.



Kalau nak diikutkan, ramai yang bagi "testimonial" secara tidak rasmi yang kata perineal massage ni berkesan, kurang tear, tak banyak jahitan bla bla bla. Tak kurang jugak yang kata sama je, takde apa yang significant pun. Koyak tetap koyak. Aku tergerak untuk cari info tentang effectivity of perineal massage ni lepas baca komen ni kat FB.





Oh btw aku tak kata akak ni salah pun. Lain orang lain pendapat kan.
Cuma akak ni membuka mata aku la. Tetiba terfikir, betul ke perineal massage tu berkesan?





So, ringkasan yang aku dapat setelah pembacaan aku yang tak seberapa ni :

1. Perineal massage efektif untuk ibu yang melahirkan secara vaginal untuk kali pertama, bukan untuk multiparous mothers (with a difference of 9.2% berbanding yang tak melakukan perineal massage).


Itu adalah kesimpulan dari journal yang aku baca. Kenapa tak efektif untuk ibu yang melahirkan kali kedua dan seterusnya? Ha yang itu aku tak pasti. Well, 9.2% maksudnya still ada perbezaan kan, walaupun takdela significant sangat.





2. However, multiparous mothers yang melakukan perineal massage ni dapat mengurangkan 3 months post partum perineal pain. So no harm trying.






3. Terlalu banyak faktor lain yang mempengaruhi tearing. Jadi susah nak kata yang perineal massage ni betul-betul membantu dalam mengurangkan tearing atau tak. 



Antaranya : posisi ibu waktu bersalin, breathing, psikologi ibu, nutrition, the person who conduct the delivery, dan sebagainya. 

Yang menarik pada aku adalah :

Nutritional status and hydration
Good nutrition --> healthy perineal tissue --> less tearing.
Poor nutrition --> perineal tissue rapuh --> more tearing.

Faham kan?


Psikologi ibu
Somehow perineal massage sepatutnya melatih ibu untuk rasa tenang ketika berlakunya crowning (kepala baby dekat bawah). So by the time bersalin, sepatutnya ibu jadi lebih relax, sebab dah biasa.

Bila relax --> posisi dan cara breathing bagus --> less tear (sepatutnya lah).

Tapi kalau dah sakit nak bersalin tu rasanya takleh nak tenang dah kot? HAHA.






So kesimpulannya, 

adakah aku akan buat perineal massage walaupun percentage effectivity dia tak berapa significant?



For me, I'm still doing it! Takde ruginya pun. Lagipun its my first time, ni lah waktu yang terbaik aku nak tengok keberkesanan perineal massage ni. Bila lagi kan. So that I know what works for me and what does not. Kalau okey, bolehlah aku recommend dekat orang lain nanti. Lagipun, orang kata, IKHTIAR. At least even tearing teruk pun nanti (or maybe entah-entah kena C-sect), I know I've done my very best. 

But I'm still considering the other factors though. So tetap kena makan healthy foods and learn to deliver properly la. Takde chance nak pegi childbirth classes. Tengok Youtube je aci tak? Hehe.




Oh btw aku dah start buat perineal massage ni dalam 3-4 times a week, guna minyak VCO Tanamera. Awal-awal memang susah, berkerut-kerut dahi tapi memang betul macam orang cakap, it gets easier. Now boleh buat sambil tersenyum riang HEHE.



Ok semoga bermanfaat. Bai korang.