Aku kadang-kadang heran juga bila tengok orang boleh telan berbelas bijik supplement sehari. Besar-besar pulak tu! Untuk aku punya supplement, aku just telan benda yang doktor suruh je. Tu pun liat!
Sebelum pregnant sampai minggu ke 17, aku (sepatutnya) makan Folic Acid 5mg sebijik sehari.
Pil dia cenonet je pun, tapi ya robbi pemalas nya haku nak menelan. Aku rasa lagi banyak hari yang skip dari hari yang makan. Maafkan ibumu anakku. Haha. Nak nak pulak waktu first dan second trimester tu aku punya morning sickness teruk. Lagilaa tengok folic acid pun aku menyampah.
Start minggu ke 18, KKIA dah start prescribe 4 bijik pil untuk ditelan sehari. Yakni iron tablet / hematinics, folic acid, B-complex, dan Vitamin C. Tapi vitamin C tu dia bagi 10 bijik je. Selebihnya pandai-pandai kau cari sumber vitamin C sendiri. Kahkahkah.
Kalau dah folic acid yang sebijik cinonet tu pun aku culas, yang 4 bijik ni pulak, KAU RASA??
Alhasilnya, start minggu ke 26, Hb aku mula turun mendadak. Dari 11.5 --> 10.7 --> 10.6 --> 10.8.
Naik pun sikit je alahaii. Mula lah episod setiap kali check up kena ceramah pasal pemakanan yang sihat yang mana aku rasa macam ada button replay tiap 2 minggu. Haha. Dan dose hematinics aku pun didoublekan oleh doctor.
Akhirnya aku dapat kesedaran untuk makan supplements dengan lebih berdisiplin. Rupanya.. takdelah susah mana pun.. nak dengan taknak je. *tempeleng pipi sendiri*
Disebabkan aku dah mula makan supplements secara teratur sekarang, aku tambah lagi 1 bijik supplement iaitu Neurogain (DHA). Neurogain ni aku dapat masa scan dekat private (jangan harap la KK nak bagi ko mende alah ni hehe) waktu 7 weeks. Tapi baru sekarang aku mula telan. Sebabnya, DHA kan untuk baby's brain development, tak silap aku brain development is at highest rate masa 3rd trimester. Alhamdulillah so far masih tak skip lagi.
Ni la rupa Neurogain tu, Gambar ihsan google je aku malas nak snap LOL. |
So macam mana aku disiplinkan diri?
1. Set satu masa yang tetap setiap hari untuk ambil supplement.
Contoh, ubat aku tu sume paling bagus ditelan waktu perut kosong. Jadi aku set waktu pagi-pagi lepas solat Subuh sebelum sarapan. Setiap hari, ambil waktu yang sama. Seolah-olah 10 minit pukul 6.50 am tu memang kau ditakdirkan untuk makan supplement. *haha exaggerate!* Jadi takde alasan untuk kau buat benda lain pada waktu tersebut sebab itu memang waktu untuk makan supplement!
2. Make supplement time a fun time.
Buat sesuatu yang menggembirakan sambil makan supplement. Contohnya, disebabkan hematinics tu better diambil bersama vitamin C, jadi aku akan makan bersama orange juice, which aku sangat suka. So, supplement time = juice time = fun time!
3. Think of the after effects of NOT taking your supplements.
Untuk ibu-ibu mengandung, supplement ni penting, almost essential, tak macam orang sihat biasa. Keperluan ibu mengandung ni lebih tinggi. Belum kira lagi perubahan-perubahan yang anda alami masa mengandung. Contohnya, hemodilution (volume darah bertambah dan mencair!), metabolisme yang berbeza, morning sickness yang membuatkan intake kau berkurang, etc. Ada sebab kenapa doctors bagi supplements tu. Bukan suka-suka.
Jadi, take a moment untuk psiko kan diri anda dengan bertanya kepada diri sendiri,
"What happens if I don't take these?"
Contoh, tak amik hematinics --> low Hb --> problem masa bersalin, kena transfuse darah, bleeding etc.
tak amik folic acid --> baby neural development problem --> neural tube defects --> spina bifida etc.
Sometimes perasaan takut tu yang buat kita lebih berdisiplin, betul tak?
My breakfast! |
So alhamdulillah lepas aku mula buat secara teratur selama 2 minggu, Hb aku pun naik jadi 11.1. Baruuuu lah tak kena pen merah HAHA. Takdelah naik banyak pun.. tapi adalah perubahan tu. Azam dalam hati nak kekalkan momentum *ewah* hopefully istiqamah lah.
Ok tu je tips yang aku ada. Tak membantu sangat pun sebenarnya tapi aku dah cuba yang terbaik tu jadi sila terima seadanya HAHA. Yang penting, pemakanan pun kena seimbang ok! Jangan bergantung 100% kat supplement semata-mata pulak.
Selamat mendisiplinkan diri! Toodles!
betul betul.
ReplyDeletekte dulu time hidung teruk asek tsumbat ngan kulit ntah pape tu baru la termotivasi sket nak konsisten amek supplement. sbb kalau x rutin mmg xde efek la jwbnya.
nak taknak kena think of the after effect spy motivasi nak konsisten tu ada.
kte time normal pon hb dah low. terigt ms tagging dlu sempat iv drip kjap kat ed. senior HO tu tanya "pregnant ke? he..he. tak kan?" Sbb hb kte below normal. So xtau la nak bayang kalo kte hemodilution cmne. Hahaha
Anyway good job bebi. Cemungut! Sket lagi oke..
*gila karangan kte komen*
Kan, bila benda dah jadi baru rasa cam ok memang kena makan ubat jugak -.-
ReplyDeleteMasa awal preggy haritu Hb 13++ kot. Yakin gila rasa cam takkan anemic sampai bebila kahkahkah.
Hmm macam tqah nanti sok lusa bila pregnant better amik Fe tablet tu as prophylaxis siap-siap. Kite ni dulu-dulu kalau prick kat jari tu kena tekan-tekan nak bagi darah keluar sebab darah pekat.. sekarang "pap!" sekali terus meleleh2 darah sampai kotor kaunter tu. Punya la cair. Seram pulak bayangkan camne berdarah masa beranak nanti? XD
Hee tenkiu bebi. Tak sampai 2 bulan lagi tqah dah nak jadi makcik dahh hahahahaha