Wednesday, April 1, 2015

Tiga kali minum air gula

Salam :)

Hai semua. Sebenarnya dah type setengah entry pasal persediaan berpantang. Tapi tiba-tiba rasa malas. Nanti la aku update pasal tu hahaha.


Untuk pengetahuan korang, sepanjang pregnancy aku dah pernah buat MGTT  (test air gula) atau nama kampungnya Modified Glucose Tolerance Test sebanyak tiga kali. Ya. TIGA KALI. Sebab apa tiga kali? Meh nak cite.


Sebab utama aku kena buat MGTT at the first place ialah kerana mak aku diabetic. So automatic aku termasuk dalam high risk GDM. Dan yang menambah perasa adalah kenaikan berat badan aku yang mendadak. Pernah naik sampai 3kg sebulan *facepalm*


Untuk yang tak tau, prosedur MGTT adalah :
  1. Puasa 10 jam
  2. Amik darah vein
  3. Minum air gula yang dorang sediakan, then tunggu 2 jam
  4. Amik darah lagi sekali
  5. Baru boleh makan



Test pertama (15/12/2014 – Minggu 15)

Masa ni aku tengah dalam fasa muntah-muntah teruk. Minum air masak pun boleh keluar balik. Tak boleh lambat makan sikit. Aku terpaksa bergantung kat ubat Metoclopramide (ubat muntah) tak silap aku dalam 3 minggu jugak. Maka idea berpuasa tu memang sangatlah tak kena dengan situasi aku pada waktu itu.


Tapi nak tak nak, terpaksa lah jalani jugak kan.


Jadi aku pun buatlah test tersebut pada hari yang ditetapkan. Lepas amik darah FBS (fasting blood sugar) dan minum air gula tu, aku rasa okey je. Boleh je telan. Takde masalah. Jadi aku balik rumah dulu sementara nak menunggu 2 jam untuk amik darah lagi.


Amik darah pukul 8.


Pukul 8.30 pagi : TAK BOLEH TAHAN. Terhambur satu mug air gula atas lantai bilik tidur aku bercampur dengan asid asid perut siap kena kat langsir. HAHA. Dengan air mata meleleh-leleh, aku pun mop la lantai sambil call encik suami mengadu. Lepas tu call KKIA tanya apa nak buat? Dorang soh datang balik untuk inform dan amik balik buku pink. Tapi test tu tetap kena repeat pada tarikh yang lain. No excuses. Fuhh redha T______T




Test kedua (5/1/2015) – Minggu 18

Morning sickness aku berkurang waktu minggu ke 16. Waktu ni aku dah stop makan ubat. Jadi besar harapan aku supaya kali ni tak muntah lagi.


Macam biasa, pukul 8 pagi amik darah dan minum air gula. Tapi kali ni aku buat keputusan untuk duduk je dekat bench kat KK tu. Perhati orang lalu lalang sambil hirup fresh air. Tapi berdenyut-denyut kepala aku waktu tu tuhan jela yang tau. Dalam hati dok saiko diri sendiri, 

“Tahan, tahan, tahan, TAHAN..”


Akhirnya berjaya jugak.

Lepas je amik darah 2 jam selepas, di saat aku melangkah keluar dari KKIA tu, untuk kesekian kalinya terus terhambur lagi segala isi perut. Lek je aku amik port dekat longkang tepi parking ambulans. HAHA. Tak sempat pun nak keluarkan plastik. Orang usha pelik je. Lantak kau. Lega betul rasa bila dapat keluarkan.


Tapi alhasilnya, result test tu aneh. Result lepas minum air gula lagi rendah dari yang sebelum. Mungkin sebab air gula tu tak sempat diserap pun ke usus. Dia dok dalam esofagus dengan perut je lepas tu keluar balik HAHA.



Test ketiga (18/3/2015) – Minggu 28


Kali ni aku cheat sikit.

Pagi-pagi sebelum gi KKIA aku dah telan dulu ubat Veloxin untuk elakkan aku muntah. HAHA. Selain tu aku dah siap sedia balm CNI untuk aku sedut selama 2 jam. Dan yang paling utama kali ni encik suami ada di sisi. Yahuuuu!


Waktu tu jugak kebetulan KKIA tu restock air gula yang berperisa oren. So takdelah aku ngadap lagi air gula perisa asli bancuh sendiri ittew.


Dan hasilnya, aku bertahan seharian tak muntah. Lepas dah settle semua siap boleh pergi beli breakfast dekat kedai mamak. Maknanya memang okey sangat dah tu.



Alhasil, result pun normal. Syukur alhamdulillah. Hopefully takdelah kena buat test air gula ni lagi. Seksa woiiiii


Top : result test kedua (nampak tak keanehan tu lol)
Bottom : result test ketiga



Ok dah babai korang


No comments:

Post a Comment

Talk to me! :)