Wednesday, April 29, 2015

My go-to makeup

Salam :)


There are those days when I'm just too lazy to apply makeup but at the same time need to look presentable. So here are the basic stuffs that I use when those lazy days strike. Takes 5 mins and I'm ready to go!



Compact powder : HEROINE MAKE SMOOTH COVER POWDER


This is my second jar and I'm so in love with it! The powder is smooth, has light-medium coverage, good on its own or as a setting powder. It has tiny tiny nano sparkles that reflect light and makes your face look, well, a little bit more alive. The sparkles aren't obvious though, if you're wondering. On those days when I'm too lazy to apply BB cream or foundation, I'll just apply this and I'm good to go.

It also has SPF 32 PA ++ (plus point!). Mine is in shade no #2. It only has 2 shades though and obviously mine is the darker one. It might be a bit of a turn off for those with tanner skin.




Cream blush :
CANMAKE CREAM CHEEK #5 SWEET APRICOT / ETUDE HOUSE MISS TANGERINE CREAM CHOUX BLUSHER #3 MISS BERRY


A little tinge of colour on the cheeks to make me look less vampire-ish. Cream blush is always the easiest since I can just blend them with my fingers. These 2 are my faves, depending on the color that suits my outfit on that particular day. The Canmake is my perfect coral, love to use it on those sunny days. While the EH is a cool toned dolly pink, makes you blush like Barbie XD A little bit really goes a long way with these two, so you don't want to over apply them. But of course in case it does happen you can always tone them down with a puff of powder.





 Eyeliner : KOJI DOLLY WINK LIQUID EYELINER


Just the perfect basic black liquid eyeliner. The tip is fine and pen-like, easy to apply. It's jet black, doesn't smudge, waterproof but still easy to wash off. And do I even have to mention how cute the packaging is XD





Mascara : SILKYGIRL BIG EYE COLLAGEN WATERPROOF MASCARA


I used to hate using mascara because it will be such a hassle when I have to perform Wudhu. Waterproof mascaras are usually really really waterproof, like it sticks to your eyelashes and the only way to take them off is by plucking your lashes (LOL). But this particular mascara is heavenly. I can just take them off with water or wet wipes and it won't even smudge leaving your undereyes like a panda. 

The fibers make my lashes look much longer. It does make my lashes clump together though, but in a good way (I wish I can explain this better lol). Andddd, its less than RM25. Yay for good and affordable makeup! XD 






Lip tints / stain : 
IN2IT GEL TINT #GT04 MELON / NYX SOFT MATTE LIP CREAM #SMLC02 STOCKHOLM / TONY MOLY TONY TINT


I'm not a fan of sticky lips so obviously lipglosses and lipsticks aren't for me. I much prefer lip tints and stains so these above are my faves. 

In2it Gel tint : a reddish orange color tint
NYX SMLC Stockholm : my perfect nude! Wore this on my wedding day! :D And it smells like candy
Tony Tint : berry colored tint. I wear this the most and it just doesn't look like its finishing anytime soon XD




So what's YOUR favourite go-to makeup? :)




Tuesday, April 28, 2015

Sempit! Tolong!

Salam :)


Semalam pi scan 2D dekat private clinic. Actually taktau pun berapa kerap nak kena buat scan ni. Tapi agak-agak macam dah lama je tak mengintai. Last masa week 25 haritu, masa buat 4D details. Sekarang dah 34 week. Maknanya dah 2 bulan lebih tak scan. Lama tuu. 



Tanya kat KK. Dorang cakap nanti masa week 36 baru scan. Mak oii. Kalau sebelum-sebelum tu dah jadi pape macam mana? >_< So aku fikir ada baiknya aku pi sendirik jelah. Bayar lebih sikit pun takpe asal hati senang. 



Bukan apa.. aku tak mempertikaikan KK pun sebab tak buat scan selalu. Faham jugak, benda free jenuh la kalau nak buat scan beratus-ratus orang tetiap bulan. Cumanya bila check up nurse akan check progress baby dengan check heartbeat and fundal height je. Tu pun heartbeat tu kadang dapat tak dapat je. Bunyi usus aku je yang lebih. Aku peratiii je hahahaha. Fundal height pun takdelah accurate sangat kalau nak tengok progress baby. 




Bila scan ni, kau dapat check

Posisi placenta ok tak?
Posisi baby ok tak? Cephalic ke? Breech ke?
Air ketuban cukup tak? Ke lebih?
Boleh estimate size baby.. Up to age ke tak?

Dan macam-macam lagilah. Rasanya most parents pun tau dah pasal ni.





So setelah aku pi check semalam, alhasil scan doctor tu cakap..


  1. Perut aku agak kecik untuk 34 weeks, tapi baby normal to age. Jadi agak cramped kat dalam tu. Plus baby sangattttttt aktif! Doc kata mesti dia tensen kat dalam tu sebab sempit HAHA
  2. Placenta position okey, tapi sedikit low. Hopefully dia stay jela macam tu. Jangan turun-turun ye
  3. Air ketuban cukup despite perut kecik. Alhamdulillah
  4. Estimated fetal weight (EFW) 2.3kg, sesuai usia gestation. Yeay! Hopefully sikit lagi dah sampai 2.5kg.. lepas tu dah boleh tarik nafas lega
  5. Kedudukan baby kepala kat bawah. Doc kata insyaAllah takkan pusing-pusing lagi dah sebab cramped. Kalau pusing gak memang dia naughty la. XD Plus memang kepala baby dah agak turun. Patutlah aku rasa berat je kat bawah walaupun perut tak besar. Zzz
  6. Masa tengah scan nampak baby punya jari-jari tengah pegang tapak kaki dia. Macam baby hisap jari kaki tu. Olololoooo. Lapar lettew. Memang aku belum makan pun waktu tu. Kihkih
  7. Yang agak merisaukan aku adalah sebahagian cord duduk betul-betul sebelah leher baby. Cuma dia tak go around neck la. So doctor suruh aku take note betul-betul dia punya movement. Just in case..
  8. Gambar tak dapat amik proper pun, sebab dia dok berlawan-lawan dengan probe USG yang melengkung tu. Probe tak dapat melekat kat skin aku betul-betul. Sabo jela anak oiii



Dapat gambar perut je pun jadilah >.<

Due aku 6/6 tapi doc kata nampak gaya-gaya dia ni macam tak sampai due. Sebab cramped sangat and baby very active. Funny, sebab sebenarnya aku punya instinct pun rasa macam tu! XD Wallahualam.. Tapi kalau nak keluar awal pun biar la sampai full term dulu ye baby. Tak lama pun lagi.. 3 minggu je. 




Eh? 3 minggu je lagi? *gulp*


Baby besar sikit nanti haku nak beli onesies banyak-banyak. Tak pedulik!


Ok bai!


Thursday, April 23, 2015

Perineal massage : perlu atau tak?

Salam :)


DISCLAIMER : Ini hanyalah entry pendapat aku berdasarkan beberapa sumber yang aku baca dari internet sahaja. Sila bertanya pada orang yang lebih professional (doctors/nurses/midwives) untuk informasi yang lebih tepat dan jitu.



Aku rasa sekarang dah banyak yang mula mengamalkan perineal massage ni dengan tujuan untuk memudahkan persalinan dan mengurangkan tear ketika bersalin normal. 

Apa benda perineal massage tu?
Camne cara nak buat dia?


Hah yang tu engko google sendiri. Dah banyak sangat belog yang tulis pasal tu. Harini aku nak tulis pasal benda lain.



Kalau nak diikutkan, ramai yang bagi "testimonial" secara tidak rasmi yang kata perineal massage ni berkesan, kurang tear, tak banyak jahitan bla bla bla. Tak kurang jugak yang kata sama je, takde apa yang significant pun. Koyak tetap koyak. Aku tergerak untuk cari info tentang effectivity of perineal massage ni lepas baca komen ni kat FB.





Oh btw aku tak kata akak ni salah pun. Lain orang lain pendapat kan.
Cuma akak ni membuka mata aku la. Tetiba terfikir, betul ke perineal massage tu berkesan?





So, ringkasan yang aku dapat setelah pembacaan aku yang tak seberapa ni :

1. Perineal massage efektif untuk ibu yang melahirkan secara vaginal untuk kali pertama, bukan untuk multiparous mothers (with a difference of 9.2% berbanding yang tak melakukan perineal massage).


Itu adalah kesimpulan dari journal yang aku baca. Kenapa tak efektif untuk ibu yang melahirkan kali kedua dan seterusnya? Ha yang itu aku tak pasti. Well, 9.2% maksudnya still ada perbezaan kan, walaupun takdela significant sangat.





2. However, multiparous mothers yang melakukan perineal massage ni dapat mengurangkan 3 months post partum perineal pain. So no harm trying.






3. Terlalu banyak faktor lain yang mempengaruhi tearing. Jadi susah nak kata yang perineal massage ni betul-betul membantu dalam mengurangkan tearing atau tak. 



Antaranya : posisi ibu waktu bersalin, breathing, psikologi ibu, nutrition, the person who conduct the delivery, dan sebagainya. 

Yang menarik pada aku adalah :

Nutritional status and hydration
Good nutrition --> healthy perineal tissue --> less tearing.
Poor nutrition --> perineal tissue rapuh --> more tearing.

Faham kan?


Psikologi ibu
Somehow perineal massage sepatutnya melatih ibu untuk rasa tenang ketika berlakunya crowning (kepala baby dekat bawah). So by the time bersalin, sepatutnya ibu jadi lebih relax, sebab dah biasa.

Bila relax --> posisi dan cara breathing bagus --> less tear (sepatutnya lah).

Tapi kalau dah sakit nak bersalin tu rasanya takleh nak tenang dah kot? HAHA.






So kesimpulannya, 

adakah aku akan buat perineal massage walaupun percentage effectivity dia tak berapa significant?



For me, I'm still doing it! Takde ruginya pun. Lagipun its my first time, ni lah waktu yang terbaik aku nak tengok keberkesanan perineal massage ni. Bila lagi kan. So that I know what works for me and what does not. Kalau okey, bolehlah aku recommend dekat orang lain nanti. Lagipun, orang kata, IKHTIAR. At least even tearing teruk pun nanti (or maybe entah-entah kena C-sect), I know I've done my very best. 

But I'm still considering the other factors though. So tetap kena makan healthy foods and learn to deliver properly la. Takde chance nak pegi childbirth classes. Tengok Youtube je aci tak? Hehe.




Oh btw aku dah start buat perineal massage ni dalam 3-4 times a week, guna minyak VCO Tanamera. Awal-awal memang susah, berkerut-kerut dahi tapi memang betul macam orang cakap, it gets easier. Now boleh buat sambil tersenyum riang HEHE.



Ok semoga bermanfaat. Bai korang.


Monday, April 20, 2015

2nd honeymoon di Hotel Puri, Jonker Walk, Melaka

Salam :)


Sebenarnya kitorang laki bini pi Melaka ni lama dah. Dari sebelum aku pregnant kot? Ke dah terpregnant time tu? Hahaha. Tak pasti la. Tapi tetiba terasa nak tulis pasal stay kitorang kat sini.



Awal-awal tu plan nak pi Langkawi. Sebelum tu menyinggah beli nasi lemak untuk breakfast kejap kat belakang hospital. Tengah ngap ngap tu tetiba terfikir nak check cuaca sebab masa tu hujung tahun kot, ke macam awal-awal monsoon season camtu lah. Tengok-tengok, even cable car punya service pun dia stop sebab cuaca tak berapa bagus. Maka... kensel lah jawabnya. Apa guna pi Langkawi berhujan je kan haha. Camne aku nak island hopping dan berendam kat Dayang Bunting untuk membuntingkan diri? XD



Dalam ketidakpastian nak menuju ke mana, tetiba je kitorang dah sampai kat selatan. Ok fine, jomlah kita stay area Jonker Walk. Sebab tu je tempat yang aku tau menarik sikit. HAHA. Tapi nasihat aku, jangan buat macam kitorang. Kalau nak pi sana, pi time weekend baru meriah. Kitorang pi time weekdays. Haa macam pekan koboi kate kooo. Pukul 9pm dah gelap gulita. Tak remaja langsung dorang ni HAHA. Check check Agoda, tengok Hotel Puri ni harga dia ok dan review pun cambest. So kitorang pun redah jela.


Hotel dia kat deret-deret kedai je. Kena guna Waze jugak lah baru jumpa. Sebab macam tak perasan.


Ni pemandangan dari dalam hotel mengadap ke luar. Cantik sangat interior dia.
Antik gittew.

Hotel ni takde lif ye. Jadi mungkin perlu consider 3-4 kali kalau nak bawak orang berumur.
Aku tanya akak receptionist tu, dia kata sebab hotel ni under UNESCO so takleh suka-suka nak alter building ni untuk buat lif walaupun dah propose banyak kali. Gitteww


Dan jangan tertipu ngan saiz hotel ni ye. Tengok dari luar macam kecik cenonet terhimpit je.
Tapi bila masuk rupanya luasss. Siap ada garden.


On the way nak ke bilik. Ada garden, ada restaurant, bla bla.
Tenang jek.



Tah ape dia cakap kat gambau tu.
Aku snap ni pasal ada penyapu Nimbus 2000 Harry Potter je kat sebelah tu.

Telefon pun antik.
Pheww
 Kitorang amek bilik paling murah je tak silap. Tak ingat harga berapa tapi dalam RM 100++ kot. Ada 1 katil queen. Basically dalam bilik sempoi jela. Biasa-biasa je. Bilik air ada heater, tapi takde bath tub la ye. Kalau nak bath tub mungkin kau boleh amik yang honeymoon suite ke ape tah. Yang lain macam biasa ada TV, ada kettle kalau nak buat kopi ke teh ke, ada fridge kecik, and so on lah.


Lepas tu dah lapar. Settle check in, kitorang pi jalan-jalan sekitar Jonker Walk tu cari makan. Banyak je kedai-kedai hipster kat sini.

Makan kat sini sebab kedai dia macam cantik. Boleh gitu? HAHA.
Nama kedai ni LeQue. Kek pun dia ada jual.

Masa ni tengah dok mengidam salmon. Ohoo baru aku teringat. Time ni dah pregnant tapi aku yang tak check UPT lagi.
Kihkihkih. Btw salmon ni sedap gilo. Cuma kulit dia terlebih garing sikit.

Jalan kaki lagi sikit. Jumpa la sungai tempat ada river cruise.
Dekat ngan Hotel Casa Del Rio. 

Taktau la berapa dia charge untuk naik river cruise. Tak try naik pun.

Jalan punya jalan, terjumpa Jonker Boutique Hotel ni.
Nampak cam angker plak dari luar. Lepas snap gambar, encik suami kata,
"Haa cuba check ada apa-apa tak kat tingkap tu?" Cis
 
 Besoknya, kitorang breakfast dekat hotel. Syiok oo, sebab ada macam-macam jenis makanan. Laki aku kemain hepi lagi breakfast kat sini.


Macam biasalah buffet style. Ada western ada eastern.
Tah pakcik mana plak yang enterprem gambau aku ni.

Banyak omputih yang stay kat sini. Kemain kau ye. Hehe

Makan plak dikelilingi dedaunan hijau dan bunga-bungaan gittew.
Memang best la.
Disebabkan breakfast yang best itu, laki aku decide untuk stay kat hotel tu lagi 1 malam. Boleh? HAHA. Siangnya kitorang jenjalan naik Menara Taming Sari, pastu parking dekat Mahkota Parade then jalan-jalan dekat A Famosa, Muzium yang berderet-deret kat sebelah A Famosa tu, dan macam-macam la. Then shopping benda-benda aneh dekat sepanjang Jonker Walk. Tapi takde gambau la pulak. Syiok sangat berjalan gaknye. Dah macam rombongan sambil belajar pulak.


Malam tu laki aku jumpa member dia yang baru balik keje. Aku pulak dok bilik layan cite Kal Ho Naa Ho. Sobs sedihnya tengok Shah Rukh Khan



Besoknya sebelum balik Penang sempat menyinggah IKEA pekena meatballs. Boleh? HAHAHAHAHA.



Dah tu je nak cite. Tetiba je cite 2nd honeymoon kan. First honeymoon takleh nak cite la pasal gambau kat handphone lama transfer masuk memory card. Memory card nye tah mana tah. Nanti la aku cari.


Ok bai korang

Friday, April 17, 2015

Supplements ketika mengandung (dan cara mendisiplinkan diri mengambil supplement!)

Salam :)


Aku kadang-kadang heran juga bila tengok orang boleh telan berbelas bijik supplement sehari. Besar-besar pulak tu! Untuk aku punya supplement, aku just telan benda yang doktor suruh je. Tu pun liat!


Sebelum pregnant sampai minggu ke 17, aku (sepatutnya) makan Folic Acid 5mg sebijik sehari.
Pil dia cenonet je pun, tapi ya robbi pemalas nya haku nak menelan. Aku rasa lagi banyak hari yang skip dari hari yang makan. Maafkan ibumu anakku. Haha. Nak nak pulak waktu first dan second trimester tu aku punya morning sickness teruk. Lagilaa tengok folic acid pun aku menyampah. 


Start minggu ke 18, KKIA dah start prescribe 4 bijik pil untuk ditelan sehari. Yakni iron tablet / hematinics, folic acid, B-complex, dan Vitamin C. Tapi vitamin C tu dia bagi 10 bijik je. Selebihnya pandai-pandai kau cari sumber vitamin C sendiri. Kahkahkah.


Kalau dah folic acid yang sebijik cinonet tu pun aku culas, yang 4 bijik ni pulak, KAU RASA??



Alhasilnya, start minggu ke 26, Hb aku mula turun mendadak. Dari 11.5 --> 10.7 --> 10.6 --> 10.8.


Naik pun sikit je alahaii. Mula lah episod setiap kali check up kena ceramah pasal pemakanan yang sihat yang mana aku rasa macam ada button replay tiap 2 minggu. Haha. Dan dose hematinics aku pun didoublekan oleh doctor.


Akhirnya aku dapat kesedaran untuk makan supplements dengan lebih berdisiplin. Rupanya.. takdelah susah mana pun.. nak dengan taknak je. *tempeleng pipi sendiri* 


Disebabkan aku dah mula makan supplements secara teratur sekarang, aku tambah lagi 1 bijik supplement iaitu Neurogain (DHA). Neurogain ni aku dapat masa scan dekat private (jangan harap la KK nak bagi ko mende alah ni hehe) waktu 7 weeks. Tapi baru sekarang aku mula telan. Sebabnya, DHA kan untuk baby's brain development, tak silap aku brain development is at highest rate masa 3rd trimester. Alhamdulillah so far masih tak skip lagi. 


Ni la rupa Neurogain tu,
Gambar ihsan google je aku malas nak snap LOL.




So macam mana aku disiplinkan diri? 


1. Set satu masa yang tetap setiap hari untuk ambil supplement.

Contoh, ubat aku tu sume paling bagus ditelan waktu perut kosong. Jadi aku set waktu pagi-pagi lepas solat Subuh sebelum sarapan. Setiap hari, ambil waktu yang sama. Seolah-olah 10 minit pukul 6.50 am tu memang kau ditakdirkan untuk makan supplement. *haha exaggerate!* Jadi takde alasan untuk kau buat benda lain pada waktu tersebut sebab itu memang waktu untuk makan supplement!


2. Make supplement time a fun time.

Buat sesuatu yang menggembirakan sambil makan supplement. Contohnya, disebabkan hematinics tu better diambil bersama vitamin C, jadi aku akan makan bersama orange juice, which aku sangat suka. So, supplement time = juice time = fun time!


3. Think of the after effects of NOT taking your supplements.

Untuk ibu-ibu mengandung, supplement ni penting, almost essential, tak macam orang sihat biasa. Keperluan ibu mengandung ni lebih tinggi. Belum kira lagi perubahan-perubahan yang anda alami masa mengandung. Contohnya, hemodilution (volume darah bertambah dan mencair!), metabolisme yang berbeza, morning sickness yang membuatkan intake kau berkurang, etc. Ada sebab kenapa doctors bagi supplements tu. Bukan suka-suka.


Jadi, take a moment untuk psiko kan diri anda dengan bertanya kepada diri sendiri,


"What happens if I don't take these?"


Contoh, tak amik hematinics --> low Hb --> problem masa bersalin, kena transfuse darah, bleeding etc.

tak amik folic acid --> baby neural development problem --> neural tube defects --> spina bifida etc.


Sometimes perasaan takut tu yang buat kita lebih berdisiplin, betul tak?


My breakfast!

So alhamdulillah lepas aku mula buat secara teratur selama 2 minggu, Hb aku pun naik jadi 11.1. Baruuuu lah tak kena pen merah HAHA. Takdelah naik banyak pun.. tapi adalah perubahan tu. Azam dalam hati nak kekalkan momentum *ewah* hopefully istiqamah lah. 


Ok tu je tips yang aku ada. Tak membantu sangat pun sebenarnya tapi aku dah cuba yang terbaik tu jadi sila terima seadanya HAHA. Yang penting, pemakanan pun kena seimbang ok! Jangan bergantung 100% kat supplement semata-mata pulak.


Selamat mendisiplinkan diri! Toodles!

Tuesday, April 14, 2015

Checklist bag mummy ke hospital (dan persiapan lain!)

Salam :) 



Haritu dah buat checklist bag baby ke hospital kan? Harini kita sambung dengan checklist bag mummy pulak ye. Bila buat checklist ni, aku suka refer orang yang dah berpengalaman. Maksudnya, yang dah bersalin, baru tulis entry checklist (which bertentangan dengan apa yang aku tengah buat sekarang HAHA).




Bukan apa, kadang-kadang entry checklist ni excited lebih, almaklumlah anak first, semua benda rasa perlu, semua benda rasa nak bawak. Walhal sebenarnya tak perlu pun nak angkut barang macam kau nak pindah. Ala kadar saje, yang mana penting je kita bawak k.




So setelah bershopping secara online dekat OneBabyWorld.com minggu lepas (mekasih encik suami!), akhirnya barang aku pun dah lengkap. Dah boleh pack bag dah. Yihaa! Seperti yang aku mention haritu, ni checklist untuk ibu yang nak beranak kat hospital gomen lah ye. Aku tak sempat nak kaji yang swasta punya hihi. Mungkin beza sikit-sikit je la kot.





Dokumen

Yang ni jangan lupa ye. Benda wajib takde sunat-sunat lagi dah!
1. IC
2. Buku pink
3. Guarantee Letter (GL) bagi yang kerja gomen / suami kerja gomen. Buleh dapat kelas 1! Yihaa




Bag mummy!

Hah nindiaaaaaa!
Muat-muat je satu beg


1. Kain batik – 2 helai
Untuk mudahkan pergerakan ibu je sebenarnya. Almaklum la bila dah luka tu jalan pun terkangkang-kangkang. Dan mungkin jugak untuk buat lap-lap badan ke. Tapi uniform pink hospital tu tak silap aku dah ada kain dah. Apa pun, disebabkan aku takde kain batik, aku rembat je kain pelekat laki aku yang warna pink ittew. Kihkih. Sama je konsep dia. Lepas tu aku bawak long skirt sehelai. Senang gerenti takkan lucut punya.



2. Tuala mandi dan toiletries
Lepas dah penat beranak tu mesti best dapat mandi segar-segar wangi-wangi kan. Angkut yang kecik punya sudahlah. Jangan pulak bawak yang botol besar kau pakai kat rumah tu hehe. Tu botol je Johnson & Johnson tapi aku refill ngan Strawberry Bath Body Shop sebab nak extra wangi. Hihi.



3. Maternity pad dan disposable panty
Ini penting.. sebab lepas je bersalin banyak keluar darah kan. Tapi terpulang,  ada sesetengah orang lagi prefer yang Kotex overnight tu. Aku malas nak fikir banyak, aku bawak je maternity pad jenama Madame ni 1 paket. Tak silap aku lepas bersalin nanti nurse akan tolong cuci luka dan ganti pad.

Yang disposable panty tu pulak untuk memudahkan kerja.. yelah dah penat-penat beranak dengan sakit luka nya, satu hal pulak nak mencuci “kebocoran” dekat pakaian dalam tu kan, lepas tu nak sidai lagi. Nak suruh suami bawak balik pun leceh jugak. Jadi lebih praktikal dan afdal pakai yang disposable sahaja. Cuci sikit terus buang sekali dengan pad tu. Selesaii. Aku bawak 2 pack. Mana tau nak kena berkampung lama. Hygiene itu penting haha.




4. Nursing bra dan nursing pad
Dah sah-sah memang ko akan disuruh untuk breastfeed baby nanti. So nursing bra ni pun memudahkan kerja. Nursing pad pulak kalau ditakdirkan susu ko banyak, sebelah baby feeding, sebelah lagi meleleh-leleh pulak. Tak pasal bau masam je bra nanti. Jadi siapkan jela nursing pad. Aku beli both washable dan disposable jenama Autumnz. Tapi untuk menyenangkan kehidupan dekat hospital, pakai yang disposable je sudah. Kat rumah baru pakai yang washable untuk jimat hehe.




4. Tudung instant
Mudah dan menutup. Kita kat tempat awam kan. Kena la jaga aurat walaupun tengah sakit. Aku bawak sehelai je.




5. Stokin, sweater dan selipar
Katanya lepas bersalin memang ibu-ibu ni akan ada rasa sensasi sejuk sikit. Aku pun tak pasti kebenarannya tapi bawak jelah. Stokin comel berbulu tu my MIL belikan dekat Mekah khas untuk aku berpantang haha.  Selipar tu pulak, dah sah-sah memudahkan ko untuk pegi toilet ke, bergerak sana sini ke, nak pegi gosip dengan patient katil hujung sana ke, takkan nak pakai heels mahupun berkaki ayam pulak kan.




6.Minyak panas dan minyak sapu
Apa-apa jela minyak yang ko rasa berguna untuk ko. HAHA. Aku bawak Minyak Herbanika NR ngan minyak VCO Tanamera. Minyak VCO tu untuk ditelan masa nak pi LR nanti, katanya memudahkan persalinan. Wallahualam, ikhtiar jela kan. Minyak Herbanika tu pulak untuk disapu, yelah lepas bersalin nanti mesti badan rasa sengal sana sini kan. Lepas mandi, urut sikit kat badan ngan tapak kaki sebelum pakai stokin, mesti segar je nanti. Ada jugak yang kata boleh titik kan dekat pad untuk bagi luka rasa kurang sakit. Boleh la try nanti.




7. Plastik kecik dan besar
Common sense je.. untuk taruk baju-baju kotor ke, sampah-sampah ke. Kan senang dan lebih kemas kalau taruk dalam plastik.




8. Phone + charger / powerbank
Untuk memecahkan kebosanan dan untuk memudahkan komunikasi. HAHA. Certain nurse mungkin membebel kalau kau guna plak dekat katil tu, jadi mungkin lebih afdhol kalau bawak powerbank kot.




9. Telekung dan printed doa / zikir / surah
Selagi belum bersalin, masih kena solat kan. Jadi bawak jela telekung.

Doa / zikir / surah yang dah siap diprint memudahkan untuk dibaca dalam Labour Room nanti. Tak silap aku dalam LR tak boleh bawak phone sebab nurse takmau bertanggungjawab kalau hilang ke apa. Jadi nak senang bawak jela yang dah siap diprint. Kalau dah hafal pun takpe.. mana la tau masa dah sakit-sakit tu jadi lupa semua. Yang ni aku belum buat.




10. Baju keluar wad
Ok finally! Dah nak balik! Hehe. Bawak baju cantik hanya untuk keluar wad ye. Sebab sepanjang dalam wad kau ditakdirkan untuk pakai baju pink yang comel itu sahaja. Hihi. Some suggest bawak blouse / kemeja butang depan so mudah untuk breastfeed kalau tetiba baby kau nangis nak susu. Aku bawak jubah je yang ada button nursing. Senang. Sarung je and voila! Dah nampak presentable. Untuk pengetahuan anda, masa baru bersalin perut masih belum kempis ye. Jadi masih kena bawak baju yang besar. Selama preggy ni pun memang aku takde baju mengandung. Aku pakai jubah je.





Bakul makanan
Ok yang ni special sikit. Bawaklah satu bakul kecik untuk nourish diri sendiri sebelum dan selepas bersalin sebab memang akan lapar nanti. Makanan dekat ward ikut jadual.. so in between tu kalau ko lapar, senang bila dah siapkan kudap-kudap sendiri. Takdelah manjang nak tepon suami soh hantar makanan hihi.

1. Air masak dan air zamzam – hidrasi tu penting ye. Sebelum masuk LR minum banyak-banyak sebab bila dah masuk LR dah tak boleh minum air dah.
2. Cawan / sudu / pinggan – dekat hospital tak sediakan semua ni. Pandai-pandai bawak sendiri.
3. Milo / Nestum / Vico
4. Biskut / roti
5. Tisu
6. Termos – Tak silap aku air panas dia akan distribute ikut time. So guna termos masing-masing untuk simpan stok masa dorang bagi.
7. Kurma – membekalkan tenaga secara cepat. Hihi


Aku rasa setakat tu jela kot yang penting-penting.

Ok dah siap jom pergi beranak!
Beg mama brutal sikit. Kihkih




Anyway.. selingan sikit. Bila dah masuk 32 minggu ni, bila baca pengalaman ibu-ibu bersalin, rasa macam sayu pulak fikir tak lama lagi nak bertarung nyawa. Entah hidup ke, entah tak sempat nak jumpa anak ke..  Jadi selain dari persiapan barang-barang kat atas tu, persiapkan lah jugak diri, kita tak tau kan.. Sekarang aku cuba amalkan solat taubat hari-hari, banyak-banyakkan zikir dan baca surah Maryam. Maut tu memang bila-bila masa je boleh datang.. tapi dah tau nak bersalin ni, cuak dia lebih sikit. Hihi. Manalah tau, ngan bertaubat dapat mudahkan persalinan ke.. insyaAllah. Semua pun dari Dia kan. Baby pun gerak lebih sikit bila dengar Mama dia zikir or baca Quran. Hehe. Suka lah tu. Oh ye selain tu jangan lupa mintak maaf ngan sume orang, especially ngan suami. Redha suami tu kan redha Allah. Kalau suami tengah tak redha camne nak mudahkan bersalin?






Huuu tetiba touching pulak. Sob sob. Toodles!

Thursday, April 9, 2015

Checklist bag baby

Salam :)


Ni sebenarnya boleh la dikira sebagai sambungan kepada entry Laundry Baju Baby.


Sebab lepas dah cuci baju baby, bulehlah siap-siap taruk dalam bag baby! Yahoo! Bag mak dia tak siap lagi, pasal barang mak banyak takde lagi. Nampak tak ciri-ciri ibu mithali yang lebih mengutamakan anak di situ? KAHKAHKAH! Padahal macam biasa, pemalas, kerja bertangguh. Nak beli nursing bra? Ala mahal la, nantilah. Nak beli nursing pad? Ala konfius la nak beli yang washable ke disposable, nantilah. Kain batik takde? Nantilah mintak mak. Sampai ke sudah tak habis -_____- 



Procrastination should be a crime. LOL.




Ok berbalik kepada bag baby tadi. Actually lain orang mungkin lain keperluannya. Some people mungkin dah planned for C-section so dah tau nak kena sediakan barang lebih sikit. Some people pulak mungkin hospital dekat dengan rumah jadi takde hal kalau tak bawak barang banyak sebab suami boleh ulang alik. Jadi terpulang. 



Ni aku amik dan sesuaikan dengan keperluan dan plan aku untuk beranak kat hospital gomen lah kot. Hospital gomen ni space untuk kau letak barang tak banyak, tapi dia jugak tak sediakan barang-barang macam certain hospital swasta. Jadinya kenalah pandai-pandai bawak supaya tak lebih, tak kurang, selengkapnya sajoooo.




Checklist baby dekat ward :
1) 1 helai hooded blanket
2) 1 helai swaddle blanket
3) 2 helai napkin - boleh jadi bedung jugak sebenarnya
4) 2 pasang baju lengan panjang dan seluar panjang
5) 2 pasang baju lengan pendek dan seluar pendek
6) 2 pasang mitten and booties
7) 1 helai topi - untuk pakai masa discharge je nanti
8) 2 helai barut
9) 1 helai tuala mandi, 2 helai tuala kecik
10) Travel set toiletries
11) Wet wipes
12) Changing mat - diaper bag aku dah siap ada changing mat. Pakai yang tu je.
13) 10 pcs Pampers - yang ni aku tak beli lagi sebab nak bajet size baby nanti.






Okey dari checklist barang yang banyak-banyak kat atas ni, kita asingkan sikit untuk dibawa ke labour room.
Lebih mudah masukkan dalam satu beg kecik atau plastik siap-siap. Jadinya waktu dah nak tolak pegi LR, takdelah baru kelam kabut nak punggah cari dalam beg baby tu. Kesian kat suami atau nurse. Yang kita pulak dah terpekik terlolong nak bersalin takleh fikir ape dah HAHA


Checklist barang baby untuk di bawa ke LR :
1) 1 helai swaddle blanket
2) 1 helai hooded blanket
3) 1 pasang baju lengan panjang (baju sahaja)
4) 1 pasang mitten & booties
5) 1 piece Pampers

Nampak tak aku taruk dalam plastik Pigeon je? Tu sebenarnya plastik beli tuala mandi HAHA. Reuse and recycle okeh! Senang guna plastik macam ni, siap ada pelekat lagi boleh seal.




Tu jelah kot. Checklist barang mak baby nanti-nanti pulak aku update.
Bye!




Barang berpantang dah sampai!

Salam :)



Sebenarnya aku tak pasti lagi keadaan aku waktu berpantang nanti. HAHA. Awalnya encik suami request supaya aku berpantang kat Penang je (means berpantang sendiri). Tapi akhirnya memandangkan kerja suami aku tak serupa orang, makanya dia sendiri meragui kebolehan dia untuk menjaga aku dan baby waktu berpantang nanti. Bila mak aku dengar je macam tu, apa lagi.. mak aku pun berebut-rebut soh aku berpantang dekat Selangor. Siap offer nak datang amik aku kat Penang lepas bersalin in case suami aku busy tak sempat nak hantar balik Selangor. Lol. Aku macam redha je sebenarnya. Mana-mana pun tak kisahlah.



Actually sebelum ni aku tak pernah amik pot pun macam mana orang berpantang. HAHA. Pilis param tapel bengkung tangas tu aku baru first time dengar. Masa kakak ngan kakak ipar aku berpantang pun aku takde di kawasan kejadian (aku selalu takde kat rumah sebab bertahun-tahun belajar jauh sobss) so memang aku taktau pape la. Bila google sana sini, ha amek kau menganga aku. Banyak jugak rupanya prosedur nak berpantang ni. Set berpantang pun ada macam-macam dekat market. Range harga mostly dalam RM300 ke atas. Mahal jugak. Cis.



Akhirnya setelah mempertimbangkan situasi diri sendiri, aku came up dengan beberapa matlamat berpantang (LOL).

  1. Barang dan cara berpantang yang mudah dan praktikal.
    • Jadi in case kena berpantang sendiri pun, at least aku boleh buat la. Takdela pantang koboi aku nanti. Lain la kalau aku betul-betul berpantang kat rumah mak aku.. tukang urut confirm dah ada. Dan family pun ramai boleh tengok-tengokkan baby sementara aku mandi ke makan ke. Bibik pun ada. 
  2. Mengelakkan sembelit
    • Ini penting woi! Disebabkan masa preggy pun aku ada masalah ni, tak dapat aku bayangkan kena sembelit time dah rabak sana sini. Seram sejukkk. Jadi aku kena pastikan saluran pencernaan aku sentiasa bekerja dengan baik dan lawas! HAHA
  3. Balik ke berat badan asal!
    • Ni baru anak first. Berpuluh tahun lagi nak pakai body ni (kalau umur aku panjang la). Kesian laki aku kalau awal-awal aku dah menggemuk HAHA. Berat aku sebelum preggy 44 kg. Waktu first check up kat KKIA 46 kg. La ni baru 32 minggu dah 55 kg! Huish tidak boleh tidak boleh. Kena pantang betul-betul sebab masa ni la badan kita tengah flexible. Satgi dah liat ha camno nak kurus balik.



Lepas survey dan compare pelbagai set berpantang yang glemer, aku ingat nak amik set Spa & Ma. Sebab pada aku dia lengkap, harga berpatutan. Set dia pun merangkumi luaran dan dalaman semua. Kalau Nona Roguy lebih kepada dalaman aku rasa, Tanamera pulak lebih kepada luaran. Dan dua-dua ni bagi aku agak mahal.


Ni la dia rupa set Spa & Ma tu. Ada 11 item semuanya siap bengkung dan tungku, normal price RM 299.
Tapi aku ada jumpa yang harganya cuma RM 240 inc postage! Kan berbaloi-baloi tuuu


Tapi at last aku tak jadi beli set, sebabnya :
  1. Kakak aku nak bagi bengkung dia je. Dulu dia tak pakai pun katanya.
  2. Aku rasa aku tak makan kot Gamat Emulsion ngan Jamu dalam set ni. Jadi rugi je nantii
  3. Aku rasa lebih baik aku beli loose item yang memang dah mendapat review yang bagus instead of beli satu set gedebuk gitu je. Sebab Spa & Ma ni brand dia baru lagi.. jadi review pun tak banyak. Taktau bagus ke idokk


Akhirnya, 2 hari sebelum GST bermula aku pun buat keputusan untuk membeli barang-barang berpantang yang aku rasa aku akan dan boleh guna. Semalam baru sampai sebenarnya. Ada masalah sikit tapi aku malas la nak cite pasal tu. Yang penting semua pun dah sampai dengan selamat. Yahoo! Mari terjah!



Inilah dia bendanya. Bila bukak je kotak ni semerbak bau herba. Walhal beli berapa barang je. Kalau beli yang set mesti lagi harummmm.
Eh tapi sebenarnya yang NR tu aku beli kat kedai lain. Saja masukkan sekali dalam kotak for photography purpose kihkihkih.


Close up sikit. Tadaaa! Akhirnya aku beli loose item dari ketiga-tiga brand.


Nona Roguy


1. Nona Roguy Phytonatal (RM 97) - yang ni ko google jelah, berlambakkk review kata bagus untuk sembelit. Memang aku berminat sesangat lah kan. 
2. Minyak Herbanika (RM 52) - yang ni pun sama. Glemer minyak ni turun-temurun. Aku rasa dulu mak aku pun pakai. Tapi dulu botol dia warna purple kalau tak silap. Entah la


Barang Nona Roguy ni aku beli dekat page Lelong Almasyuk21.
Bagus servis kedai ni. Bayar harini esok sampai. Dahlah murah.



 Spa & Ma


3. Spa & Ma Shape Up Lotion (RM 29.90) - Ni untuk pecahkan lemak kot. Ala-ala Losyen Mustajab tu la. Bau pun lebih kurang. Tak pasti berkesan ke tak. Tapi dah alang-alang aku nak beli Pilis Spa & Ma tu, aku angkut jela sekali Lotion ni.
4. Spa & Ma Pilis Herba (RM39.90) - Aku beli ni sebab ni je satu-satunya Pilis yang aku jumpa dah siap bentuk paste, tak payah bancuh. Dan rasanya dia takkan kering pastu terabur macam Pilis zaman dolu-dolu yang sampai berhabuk tilam tu. Sememeh oiii kesian kat anak satgi



Tanamera


5. Tanamera Cold Press VCO - RM 34 (sebelum GST) - actually boleh je beli VCO brand lain. Tapi saje nak try test yang Tanamera punya. Botol dia pun comel je. Senang nak sumbat dalam beg bawak pi sepital nanti. Minyak ni untuk makan dan jugak boleh sapu untuk perineal massage.

6. Brown Formulation Body Soap - RM 15 (sebelum GST) - Ni ala-ala scrub tapi dalam bentuk sabun. Punnnn banyakkkk review kata bagus. Yang tak pantang pun pakai ni. Seronok la aku menyental daki-daki nanti. Biasa la bila preggy ni pelbagai hormon merembes habis discoloration sana sini. Again, kesian kat laki aku. HAHA.

7. Tanamera Herbal Bath - RM 26.50 (sebelum GST) - Tak pantang la namanya kalau tak mandi air rebusan herba ye tak. Kihkihkih. Ni aku saje je menggedik nak feeling-feeling herba. Harap anak aku bagi la can kat mak dia ni nak pamper diri sendiri kejap nanti. 


Barang-barang Tanamera ni banyak yang naik harga lepas GST. Sebab brand ni makin glemer kott. Deswai laa aku kelam kabut beli 2 hari sebelum. Nasib baik dapat jugak dengan harga asal. Itupun ada jugak kedai yang dah mark up harga siap-siap tak baik betul. Kihkih. Untuk barang Tanamera dan Spa & Ma ni aku beli dekat FB Keperluan Ibu Berpantang.






Walaupun total harga loose item lagi mahal sikit dari set, tapi pada aku lebih berbaloi. Yang penting aku rasa semua yang aku beli ni aku memang akan pakai. Dari membazir beli set tapi tak pakai semua buat apa kan..



Ok korang ngantok pulak aku type entry panjang-panjang ni. Ada rezeki bersua lagi. Bubaiiii






Monday, April 6, 2015

Laundry baju baby

Salam :)


Harini baby dah 31 minggu 2 hari. Maksudnya dah dekat 8 bulan. Maksudnya sepatutnya aku dah ready bag berisi barang aku dan baby untuk dibawak ke hospital takut-takut terbersalin awal. Maksudnya sepatutnya aku dah cuci baju baby supaya boleh dimasukkan ke dalam beg.



Malangnya aku pemalas T___________T



Akhirnya baru 2 hari lepas aku dapat semangat yang merasuk aku untuk cuci baju baby. Baru terkedek-kedek nak beli hanger kecik-kecik untuk sangkut baju baby. Itupun tak cukup T_T Rasanya baju budak ni aku beli sikit jek. Apesal tetiba tak cukup hanger plak. *sigh* 



Proses mengasingkan pakaian putih dan berwarna.
Yang perlu dicuci adalah :
1) 10 pasang baju dan seluar
2) Sehelai jumper
3) 4 swaddle blanket
4) 1 hooded blanket
5) 2 helai tuala mandi
6) 5 helai tuala kecik
7) 10 helai napkin
8) 5 pasang mitten & booties
9) 2 helai cap
10) 10 helai barut - tapi aku basuh 2 je dulu. PEMALAS! Hahaha


 Sikit je kan baju anak aku. Hehe takpe. Nanti masa pantang beli online klik klik sajoooo. Lagi best sebab masa tu dah tau anak aku besar mana. 



Aku guna sabun Pureen Kiddi Wash. Tak sedap pun bau dia :( Nanti nak try beli yang Pureen ABD pulak lah. Aku nak sabun yang bau baby :( Anyway setelah baca blog-blog bakal ibu yang lain, aku pun terpengaruh untuk cuci pakai tangan instead of mesin. Dan aku menyesali keputusan itu sekarang. HAHAHAHA. 

Proses mencuci 2 round (2 baldi penuh). 1 berwarna, 1 putih. Itupun dah nak tercabut pinggang rasanya.
Sungguh aku tak mengerti camne bakal-bakal ibu yang beli baju berguni-guni pastu cuci pakai tangan itu T_____T



Memang sekali ni jelah aku cuci pakai tangan. Lepasni masuk mesin je. Lantak kau hahahaha.





Ok dah tu je nak cite. Babaii


Wednesday, April 1, 2015

Latest skincare product

Salam :)

Aku jenis yang tak berapa stick dekat 1 jenis product je. Sebab aku jenis yang suka try itu ini. Jenis tak memilih pun. Asalkan kulit aku tak bereaksi tu kira dah okey dah.



Sebelum ni aku pakai Clinique. First (dan mungkin last) time pakai skincare high end kot. Pakai yang ni pun pasal dapat hantaran kawen kahkahkah. Tapi aku memang suka cleanser ngan toner Clinique ni. Fresh! Sejuk je. Cuma moisturizer dia aku tak berapa berkenan sebab bagi aku too oily and sticky.



Clinique 3 steps skincare.
Ada lagi benda ni aku letak kat rumah PIL. So senang takdelah nak angkut skincare tiap kali balik sana.




Lepas tu aku tukar-tukar pencuci muka. Dari Clinique ke Neutrogena ke Safi, dan akhirnya sekarang aku pakai Aiken.


Aiken Tea Tree Oil Spot Away Facial Cleanser

Kenapa Aiken? Actually muka aku takdelah masalah jerawat sangat. Just a bit kusam.
Beli awalnya sebab dia murah (aku jenis skeptical sikit nak splurge on pencuci muka lol). Lepas dah guna, rasa best pulak. Segar je. Bau pun sedap. Siapa pernah pakai Tea Tree Oil from Body Shop? Haa sebijik bau camtu. Paling syok, walaupun kulit aku sensitif tapi dia tak mengeringkan langsung. And so far pakai memang takde break outs! Yay!



Neutrogena Alcohol-Free Toner


Sebenarnya toner pakai apa-apa pun boleh. Tapi aku tak suka yang terlalu banyak chemical.
So yang ni ok je. Botol pun sempoi je kan. Macam botol ubat pun ada ahahah. Dah berbotol jugak aku pakai. Cuma dia takde fungsi "membersihkan" macam Clinique la.




Cetaphil Moisturizing Lotion



Taktau nak pakai moisturizer apa. Akhirnya aku opt moisturizer yang untuk kulit sensitif. Dah berbulan pakai tak perabih-perabih pun. Sebab pakai sikit je dah cukup untuk seluruh muka. Kadang siap sapu kat leher ngan tangan sebab berlebih HAHA. Best, tak rasa berminyak sangat dan takde bau. Cuma macam boring la takde apa yang menarik HAHA.




Neutrogena Ultra Sheer Dry Touch Sunblock


Ni pun sama guna dah berbulan-bulan tak abis lagi. Sebenarnya tak sabar nak habiskan sebab nak balik kepada sunblock Sunplay Skin Aqua. Yang ni macam a bit pedih sikit kadang-kadang bila pakai. So cam tak berapa suka. Bau dia pun macam agak kuat. Prefer Sunplay lagi sebab lebih mild. Cuma Sunplay punya SPF tak banyak macam ni la.





My Beauty Diary Sheet Masks


Ini pulak bila rajin sekali sekala. Masks from My Beauty Diary (from Taiwan).
Suka sebab rasanya ni je the only sheet masks yang betul-betul nampak effects. Walaupun tak lasting, tapi at least takde lah rasa sia-sia kau tepek setengah jam kan. Memang akan nampak radiant sikit lepas pakai mask ni. Tak caye cuba try test tengok hehe.





Tu je kot skincare yang aku guna sekarang. Tak rajin macam zaman anak dara dulu lah. HAHA

Tetiba rindu nak guna skincare Etude House. Best ohh. Tapi mahal :(



Ok dah bai korangg






Tiga kali minum air gula

Salam :)

Hai semua. Sebenarnya dah type setengah entry pasal persediaan berpantang. Tapi tiba-tiba rasa malas. Nanti la aku update pasal tu hahaha.


Untuk pengetahuan korang, sepanjang pregnancy aku dah pernah buat MGTT  (test air gula) atau nama kampungnya Modified Glucose Tolerance Test sebanyak tiga kali. Ya. TIGA KALI. Sebab apa tiga kali? Meh nak cite.


Sebab utama aku kena buat MGTT at the first place ialah kerana mak aku diabetic. So automatic aku termasuk dalam high risk GDM. Dan yang menambah perasa adalah kenaikan berat badan aku yang mendadak. Pernah naik sampai 3kg sebulan *facepalm*


Untuk yang tak tau, prosedur MGTT adalah :
  1. Puasa 10 jam
  2. Amik darah vein
  3. Minum air gula yang dorang sediakan, then tunggu 2 jam
  4. Amik darah lagi sekali
  5. Baru boleh makan



Test pertama (15/12/2014 – Minggu 15)

Masa ni aku tengah dalam fasa muntah-muntah teruk. Minum air masak pun boleh keluar balik. Tak boleh lambat makan sikit. Aku terpaksa bergantung kat ubat Metoclopramide (ubat muntah) tak silap aku dalam 3 minggu jugak. Maka idea berpuasa tu memang sangatlah tak kena dengan situasi aku pada waktu itu.


Tapi nak tak nak, terpaksa lah jalani jugak kan.


Jadi aku pun buatlah test tersebut pada hari yang ditetapkan. Lepas amik darah FBS (fasting blood sugar) dan minum air gula tu, aku rasa okey je. Boleh je telan. Takde masalah. Jadi aku balik rumah dulu sementara nak menunggu 2 jam untuk amik darah lagi.


Amik darah pukul 8.


Pukul 8.30 pagi : TAK BOLEH TAHAN. Terhambur satu mug air gula atas lantai bilik tidur aku bercampur dengan asid asid perut siap kena kat langsir. HAHA. Dengan air mata meleleh-leleh, aku pun mop la lantai sambil call encik suami mengadu. Lepas tu call KKIA tanya apa nak buat? Dorang soh datang balik untuk inform dan amik balik buku pink. Tapi test tu tetap kena repeat pada tarikh yang lain. No excuses. Fuhh redha T______T




Test kedua (5/1/2015) – Minggu 18

Morning sickness aku berkurang waktu minggu ke 16. Waktu ni aku dah stop makan ubat. Jadi besar harapan aku supaya kali ni tak muntah lagi.


Macam biasa, pukul 8 pagi amik darah dan minum air gula. Tapi kali ni aku buat keputusan untuk duduk je dekat bench kat KK tu. Perhati orang lalu lalang sambil hirup fresh air. Tapi berdenyut-denyut kepala aku waktu tu tuhan jela yang tau. Dalam hati dok saiko diri sendiri, 

“Tahan, tahan, tahan, TAHAN..”


Akhirnya berjaya jugak.

Lepas je amik darah 2 jam selepas, di saat aku melangkah keluar dari KKIA tu, untuk kesekian kalinya terus terhambur lagi segala isi perut. Lek je aku amik port dekat longkang tepi parking ambulans. HAHA. Tak sempat pun nak keluarkan plastik. Orang usha pelik je. Lantak kau. Lega betul rasa bila dapat keluarkan.


Tapi alhasilnya, result test tu aneh. Result lepas minum air gula lagi rendah dari yang sebelum. Mungkin sebab air gula tu tak sempat diserap pun ke usus. Dia dok dalam esofagus dengan perut je lepas tu keluar balik HAHA.



Test ketiga (18/3/2015) – Minggu 28


Kali ni aku cheat sikit.

Pagi-pagi sebelum gi KKIA aku dah telan dulu ubat Veloxin untuk elakkan aku muntah. HAHA. Selain tu aku dah siap sedia balm CNI untuk aku sedut selama 2 jam. Dan yang paling utama kali ni encik suami ada di sisi. Yahuuuu!


Waktu tu jugak kebetulan KKIA tu restock air gula yang berperisa oren. So takdelah aku ngadap lagi air gula perisa asli bancuh sendiri ittew.


Dan hasilnya, aku bertahan seharian tak muntah. Lepas dah settle semua siap boleh pergi beli breakfast dekat kedai mamak. Maknanya memang okey sangat dah tu.



Alhasil, result pun normal. Syukur alhamdulillah. Hopefully takdelah kena buat test air gula ni lagi. Seksa woiiiii


Top : result test kedua (nampak tak keanehan tu lol)
Bottom : result test ketiga



Ok dah babai korang