Tuesday, April 14, 2015

Checklist bag mummy ke hospital (dan persiapan lain!)

Salam :) 



Haritu dah buat checklist bag baby ke hospital kan? Harini kita sambung dengan checklist bag mummy pulak ye. Bila buat checklist ni, aku suka refer orang yang dah berpengalaman. Maksudnya, yang dah bersalin, baru tulis entry checklist (which bertentangan dengan apa yang aku tengah buat sekarang HAHA).




Bukan apa, kadang-kadang entry checklist ni excited lebih, almaklumlah anak first, semua benda rasa perlu, semua benda rasa nak bawak. Walhal sebenarnya tak perlu pun nak angkut barang macam kau nak pindah. Ala kadar saje, yang mana penting je kita bawak k.




So setelah bershopping secara online dekat OneBabyWorld.com minggu lepas (mekasih encik suami!), akhirnya barang aku pun dah lengkap. Dah boleh pack bag dah. Yihaa! Seperti yang aku mention haritu, ni checklist untuk ibu yang nak beranak kat hospital gomen lah ye. Aku tak sempat nak kaji yang swasta punya hihi. Mungkin beza sikit-sikit je la kot.





Dokumen

Yang ni jangan lupa ye. Benda wajib takde sunat-sunat lagi dah!
1. IC
2. Buku pink
3. Guarantee Letter (GL) bagi yang kerja gomen / suami kerja gomen. Buleh dapat kelas 1! Yihaa




Bag mummy!

Hah nindiaaaaaa!
Muat-muat je satu beg


1. Kain batik – 2 helai
Untuk mudahkan pergerakan ibu je sebenarnya. Almaklum la bila dah luka tu jalan pun terkangkang-kangkang. Dan mungkin jugak untuk buat lap-lap badan ke. Tapi uniform pink hospital tu tak silap aku dah ada kain dah. Apa pun, disebabkan aku takde kain batik, aku rembat je kain pelekat laki aku yang warna pink ittew. Kihkih. Sama je konsep dia. Lepas tu aku bawak long skirt sehelai. Senang gerenti takkan lucut punya.



2. Tuala mandi dan toiletries
Lepas dah penat beranak tu mesti best dapat mandi segar-segar wangi-wangi kan. Angkut yang kecik punya sudahlah. Jangan pulak bawak yang botol besar kau pakai kat rumah tu hehe. Tu botol je Johnson & Johnson tapi aku refill ngan Strawberry Bath Body Shop sebab nak extra wangi. Hihi.



3. Maternity pad dan disposable panty
Ini penting.. sebab lepas je bersalin banyak keluar darah kan. Tapi terpulang,  ada sesetengah orang lagi prefer yang Kotex overnight tu. Aku malas nak fikir banyak, aku bawak je maternity pad jenama Madame ni 1 paket. Tak silap aku lepas bersalin nanti nurse akan tolong cuci luka dan ganti pad.

Yang disposable panty tu pulak untuk memudahkan kerja.. yelah dah penat-penat beranak dengan sakit luka nya, satu hal pulak nak mencuci “kebocoran” dekat pakaian dalam tu kan, lepas tu nak sidai lagi. Nak suruh suami bawak balik pun leceh jugak. Jadi lebih praktikal dan afdal pakai yang disposable sahaja. Cuci sikit terus buang sekali dengan pad tu. Selesaii. Aku bawak 2 pack. Mana tau nak kena berkampung lama. Hygiene itu penting haha.




4. Nursing bra dan nursing pad
Dah sah-sah memang ko akan disuruh untuk breastfeed baby nanti. So nursing bra ni pun memudahkan kerja. Nursing pad pulak kalau ditakdirkan susu ko banyak, sebelah baby feeding, sebelah lagi meleleh-leleh pulak. Tak pasal bau masam je bra nanti. Jadi siapkan jela nursing pad. Aku beli both washable dan disposable jenama Autumnz. Tapi untuk menyenangkan kehidupan dekat hospital, pakai yang disposable je sudah. Kat rumah baru pakai yang washable untuk jimat hehe.




4. Tudung instant
Mudah dan menutup. Kita kat tempat awam kan. Kena la jaga aurat walaupun tengah sakit. Aku bawak sehelai je.




5. Stokin, sweater dan selipar
Katanya lepas bersalin memang ibu-ibu ni akan ada rasa sensasi sejuk sikit. Aku pun tak pasti kebenarannya tapi bawak jelah. Stokin comel berbulu tu my MIL belikan dekat Mekah khas untuk aku berpantang haha.  Selipar tu pulak, dah sah-sah memudahkan ko untuk pegi toilet ke, bergerak sana sini ke, nak pegi gosip dengan patient katil hujung sana ke, takkan nak pakai heels mahupun berkaki ayam pulak kan.




6.Minyak panas dan minyak sapu
Apa-apa jela minyak yang ko rasa berguna untuk ko. HAHA. Aku bawak Minyak Herbanika NR ngan minyak VCO Tanamera. Minyak VCO tu untuk ditelan masa nak pi LR nanti, katanya memudahkan persalinan. Wallahualam, ikhtiar jela kan. Minyak Herbanika tu pulak untuk disapu, yelah lepas bersalin nanti mesti badan rasa sengal sana sini kan. Lepas mandi, urut sikit kat badan ngan tapak kaki sebelum pakai stokin, mesti segar je nanti. Ada jugak yang kata boleh titik kan dekat pad untuk bagi luka rasa kurang sakit. Boleh la try nanti.




7. Plastik kecik dan besar
Common sense je.. untuk taruk baju-baju kotor ke, sampah-sampah ke. Kan senang dan lebih kemas kalau taruk dalam plastik.




8. Phone + charger / powerbank
Untuk memecahkan kebosanan dan untuk memudahkan komunikasi. HAHA. Certain nurse mungkin membebel kalau kau guna plak dekat katil tu, jadi mungkin lebih afdhol kalau bawak powerbank kot.




9. Telekung dan printed doa / zikir / surah
Selagi belum bersalin, masih kena solat kan. Jadi bawak jela telekung.

Doa / zikir / surah yang dah siap diprint memudahkan untuk dibaca dalam Labour Room nanti. Tak silap aku dalam LR tak boleh bawak phone sebab nurse takmau bertanggungjawab kalau hilang ke apa. Jadi nak senang bawak jela yang dah siap diprint. Kalau dah hafal pun takpe.. mana la tau masa dah sakit-sakit tu jadi lupa semua. Yang ni aku belum buat.




10. Baju keluar wad
Ok finally! Dah nak balik! Hehe. Bawak baju cantik hanya untuk keluar wad ye. Sebab sepanjang dalam wad kau ditakdirkan untuk pakai baju pink yang comel itu sahaja. Hihi. Some suggest bawak blouse / kemeja butang depan so mudah untuk breastfeed kalau tetiba baby kau nangis nak susu. Aku bawak jubah je yang ada button nursing. Senang. Sarung je and voila! Dah nampak presentable. Untuk pengetahuan anda, masa baru bersalin perut masih belum kempis ye. Jadi masih kena bawak baju yang besar. Selama preggy ni pun memang aku takde baju mengandung. Aku pakai jubah je.





Bakul makanan
Ok yang ni special sikit. Bawaklah satu bakul kecik untuk nourish diri sendiri sebelum dan selepas bersalin sebab memang akan lapar nanti. Makanan dekat ward ikut jadual.. so in between tu kalau ko lapar, senang bila dah siapkan kudap-kudap sendiri. Takdelah manjang nak tepon suami soh hantar makanan hihi.

1. Air masak dan air zamzam – hidrasi tu penting ye. Sebelum masuk LR minum banyak-banyak sebab bila dah masuk LR dah tak boleh minum air dah.
2. Cawan / sudu / pinggan – dekat hospital tak sediakan semua ni. Pandai-pandai bawak sendiri.
3. Milo / Nestum / Vico
4. Biskut / roti
5. Tisu
6. Termos – Tak silap aku air panas dia akan distribute ikut time. So guna termos masing-masing untuk simpan stok masa dorang bagi.
7. Kurma – membekalkan tenaga secara cepat. Hihi


Aku rasa setakat tu jela kot yang penting-penting.

Ok dah siap jom pergi beranak!
Beg mama brutal sikit. Kihkih




Anyway.. selingan sikit. Bila dah masuk 32 minggu ni, bila baca pengalaman ibu-ibu bersalin, rasa macam sayu pulak fikir tak lama lagi nak bertarung nyawa. Entah hidup ke, entah tak sempat nak jumpa anak ke..  Jadi selain dari persiapan barang-barang kat atas tu, persiapkan lah jugak diri, kita tak tau kan.. Sekarang aku cuba amalkan solat taubat hari-hari, banyak-banyakkan zikir dan baca surah Maryam. Maut tu memang bila-bila masa je boleh datang.. tapi dah tau nak bersalin ni, cuak dia lebih sikit. Hihi. Manalah tau, ngan bertaubat dapat mudahkan persalinan ke.. insyaAllah. Semua pun dari Dia kan. Baby pun gerak lebih sikit bila dengar Mama dia zikir or baca Quran. Hehe. Suka lah tu. Oh ye selain tu jangan lupa mintak maaf ngan sume orang, especially ngan suami. Redha suami tu kan redha Allah. Kalau suami tengah tak redha camne nak mudahkan bersalin?






Huuu tetiba touching pulak. Sob sob. Toodles!

No comments:

Post a Comment

Talk to me! :)