Fuhh fuhhhhh. Tiup sawang dekat belog yang dah berhabuk ni. Muahahahaha.
Sorry lah. Lama bebenor aku tak menaip kat sini. Ada ke orang nak baca masalahnya? XD
Anak aku dah pun menginjak 9 bulan. Dah pandai ape ye? Ermmm. Duduk, menjulur macam askar, berdiri sambil pegang sofa. Tapi merangkak belum. Hah cane tu? Dia angkat punggung dengan tegakkan tangan je. Lepas tu dia menjulur balik. Sabo jelah. Takpe, nanti mama ajak baby H jadi tiger ye.
*Short tip : merangkak adalah phase yang sangat penting bagi bayi, sebab dia menggunakan coordination between tangan dan kaki. So kalau boleh jangan skip ye! :D
Tapi actually entry ni bukanlah nak cerita pasal anak. Tapi nak cerita pasal RUMAH.
Sebelum ni, aku menyewa dekat Penang. Setahun lebih jugaklah. Tau jelah rate sewa kat Penang ni sama je macam KL. Dok apartment tapi harga sewa macam rumah teres 2 tingkat. Bulan-bulan tolak tambah sana sini, tak larat jugak.
Dah tu pulak ko tau jela Penang Island ni banyak mall. Tiap-tiap minggu nak bawak aku bejalan kat mall ko tak rasa kopak poket laki aku tu? HAHAHA. Kebetulan baru-baru ni husband dapat transfer tempat kerja dekat dengan rumah parents dia. Jadinya kami pun pindah dok ngan mertua. Tak jauh pun. Area Kedah jugaklah.
Back then masa dalam September 2014, masa tu beberapa hari sebelum aku positive UPT test. Maknanya waktu tu dah pregnant tapi aku je taktau haha. Kitorang saja-saja jenjalan tengok rumah dekat area Sg Petani. Sebab dekat SP ni banyak kawasan baru nak naik. Jadi banyak rumah baru under construction. Bukan plan nak beli pun. Saja je pasang angan-angan.
Dalam banyak-banyak rumah, terberkenan dengan satu rumah semi D satu tingkat ni. Kenapa aku suka rumah 1 tingkat :
- Praktikal, Senang nak kemas.
- Tepuk dada tanya poket. Kalau mampu beli rumah bertingkat-tingkat tapi lepas tu tak mampu nak pasang lampu kipas beli perabot semua buat apa kan. Tapi tu poket kitorang la. Kalau poket korang tebal, ikut la ape yang korang suka. Hiks.
- Rasa dekat. Kira kau boleh tau la laki ngan anak kau ada kat dapur ke kat bilik ke ruang tamu ke.
Dipendekkan cerita, memang kitorang suka sesangat lah rumah ni. Tapi masa tu, husband baru kerja, dalam setaun camtu kot. Aku pulak, baru benti kerja. HAHA. So rumah ni memang out of our league lah.
Lepas tu, dah takde cerita pasal rumah. Terhenti kat situ je. Nak tengok-tengok rumah lain pun dah tak nyempat. Laki aku bizi manjang.
Tup tup, lepas tu aku dah pun pindah balik rumah mertua aku baru ni. So one day baru-baru ni, husband cuti. So dia ajaklah dating bertiga (baby H lerr orang ketiga tuh). Dia tanya nak gi Penang ke SP? Dengan kompidennya aku jawab SP. Otw pegi Amanjaya Mall, aku cakap ngan husband, nanti jomlah pegi tengok rumah yang dulu tu. Sesaje jek lepas gian. Haha.
Rupanya Amanjaya Mall takdak apa pun. Hambar betul. Nasib baik ada SSF. HAHA. Sempat jugak la aku apply membership dan sambar pasu bunga sebiijik.
Time nak keluar dari mall, tetiba ternampak booth developer yang buat rumah yang kitorang berkenan dulu tu. Eh? Ada promo. Diorang promote satu rumah Semi D setingkat jugak, tapi jenis lain, which is, slightly murah dari yang kitorang suka previously. Rumah tu bumi lot, ada rebate pulak, dan kebetulan, orang yang book sebelum ni loan dia tak lepas, so ada sebijik je yang tengah kosong dan memang murah la jadinya. Kitorang pun cecepat la pergi tengok, tak terfikir pulak nak tanya pasal rumah yang asal-asalnya kitorang berkenan tu.
Bila pergi tengok, nak kata suka sangat tu tidaklah, tapi suka jugak sikit-sikit. Cuma yang tak bestnya, kawasannya agak ke dalam. Pagar pulak just kawat hijau tu, which is lets say kalau nak beli, kena consider puluh ribu jugak untuk naik pagar batu. Semi D kan. Takkan takmau naik pagar. Bahaya tu. Dan yang husband kureng sikit ialah sebab silingnya tak tinggi. HAHA.
Tak silap aku ni lah rumahnya. Tapi dalam graphic ni takde pagar. Rendah je kan bumbungnya. Sales rep tu kata sekarang memang style gini. Haha.
Dah terfikir nak place booking, siap amek-amek gambar semua, sebab memang murah, takut kalau lambat, melepas.
Tapi entah kenapa, tetiba cakap dengan husband, "jomlah, kita pergi tengok jugak rumah yang dulu tu."
So off we went.
Melangkah je masuk rumah tu, memang kitorang senyummm je. Memang tu lah rumah idaman - dari dulu kini dan selamanya - gitu kau. Over sangat. HAHA. Dah tak terfikir langsung dah pasal rumah yang tengok tadi.
Bincang-bincang dengan sales officer tu. Rumah ni actually banyak type, with different prices. Ada yang tanah besar, ada yang build up besar, etc etc. Kebanyakkannya dah habis kena booked dah pun. Yang kitorang rasa boleh afford - dan aku sangat yakin itu rezeki anak aku - kebetulan, ada 3 bijik je lagi, which 2 daripada 3 tu dah ada orang reserve pun. Which means, dia dah cakap nak, tapi belum bayar deposit. Macam tu lah.
Developer bagi rebate 5%. Tolak tambah darab bahagi sana sini, rasa macam boleh la kot afford downpayment sikit-sikit. Kalau takde rebate tu, memang tak dapat jugak rasanya. Baru 2 taun keje, mana la nak cekau cash puluh-puluh ribu. Sebelum ni, duit dah perabih kat rumah sewa, so memang tak nyempat nak saving.
Malam tu, mintak izin kat mertua, bagitau nak beli rumah. Diorang bagi greenlight.
Terus whatsapp sales officer laju-laju. Bagitau nak book. Esoknya terus bank in duit booking. Dan proceed dengan step-step seterusnya.
Actually, jauh lagi perjalanan beli rumah ni. Tak boleh excited sangat. Baca dekat blog-blog orang lain, ada yang berbulan, ada yang makan tahun, macam-macam pengalaman. Tapi tak kira, nak excited jugak. HAHAHA. Semoga jalan kitorang dipermudahkan. Aminnn.
Doa-doakan ye.
Kalau dah settle nanti aku cerita process beli rumah. Supaya orang-orang muda macam kitorang (eh muda ke???? HAHA) kat luar sana tak tercangak-cangak macam kitorang jugak sebab tak tau pape pasal beli rumah.
Oh btw, haritu aku ada tengok satu rancangan kat TV ni. Tak ingatlah rancangan apa. Tapi nasihat dia ialah,
"umur terbaik untuk beli rumah adalah selepas umur 30. Sebelum tu, lebih baik sewa dulu sementara kumpul duit."
Alasan dia ialah selepas umur 30 biasanya kewangan dah mula stabil.
Pendapat aku pulak,
"TAK PAYAH."
Jangan dengar cakap dia muahahaha.
Melainkan kau dapat sewa rumah betul-betul murah dan dekat dengan tempat kerja, bolehlah kalau kau nak tunggu betul-betul stabil, dapat menyimpan lebih dan tangguh dulu beli rumah. Macam kitorang ni, rumah sewa dekat dengan tempat kerja, jimat kos transport tapi sewa bulan-bulan mencekik. Dah tu bila masa nak menyimpan. Rasa rugi sangat duit sewa sebab sepatutnya boleh guna untuk bayar rumah sendiri.
Jadi kalau kau dah ada saving sikit-sikit tu, jumpa rumah yang berkenan, cukup untuk bayar downpayment bagai, proceed jelah. Macam kitorang ni, kalau tak beli rumah pun, duit habis jugak.. entah pegi mana aku pun taktau. Lebih baik spend untuk benda yang nampak. Rumah pulak makin lama makin naik harga. Rumah yang kitorang nak beli tu pun bulan ni naik harga lagi.
Memang aku admit la. aku dapat rasakan sepuluh tahun pertama kahwin ni akan rasa sesak sikit. Rumah, kereta etc. Tak dapat la berangan nak pi obersi dalam masa terdekat ni hihikss. Tapi insyaAllah.. rezeki Allah tu luas. Takkan semua benda kita nak serentak, ye tak?
Okbai.