Friday, May 27, 2016

Kisah Sunblock dan RM13. Tips Jimat : Mengapa bayar lebih?

Salam :)



Mengapa Bayar Lebih?? Hah dah macam iklan Trivago. Kisahnya, dalam few days ago, aku mencari-cari sunblock Sunplay yang SPF130 tu. Aku ni jenis cheapskate. Walaupun aku suka shopping, tapi selagi boleh dapat yang lebih murah, aku akan cari yang palinggggg murah. Lagi-lagi untuk benda yang setakat nak pakai sekali-sekala, tapi tetap perlu beli.

So sebelum terjah ke farmasi-farmasi berdekatan, aku survey dulu harga online, supaya boleh buat estimation harga dan tak terkejut keluar bijik mata bila tengok dekat kedai nanti.



Tips No 1 : Buat survey online

Aku tau perempuan memang suka drugstore especially Watsons dan Guardian. So untuk benda-benda macam skincare, makeups ni, sebelum pergi beli, aku suggest kan korang untuk pergi terjah secara online dulu. Selain dapat budget harga benda yang korang nak beli tu, kadang-kadang salah satu kedai buat promo untuk certain barang pada masa tersebut, jadi harga jauh lebih murah. So korang bolehlah compare harga between dua tu.

Ni link website dorang.






Tips No 2 : Terjah kedua-dua kedai

TAPI, hah ada tapi lagi. Kadang-kadang, ada jugak masa-masanya yang website tak update harga.
Part ni memang fail

Biasanya, setahu akulah, kebanyakan tempat, especially mall, yang mana ada Watsons, mesti ada Guardian. Betul tak?

Aku personally lebih suka Watsons. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab susun atur barang dia lebih kemas dan lambang warna hijau tu lebih memberi ketenangan? Entahlah hahaha. Aku boleh lepak berjam-jam dalam tu. Kadang tak beli apa pun. Cuma teruja dengan barang-barang dia.

So setelah aku survey online, dekat Watsons apparently lebih murah dari Guardian.


Guardian







Watsons


Turns out setelah aku pergi ke dua kedai Watsons dekat area rumah aku ni, dua-duanya jual Sunplay SPF130 ni pada harga asal, iaitu RM 42.00. Kecewa la jugak sebab pada aku RM 42.00 untuk sunblock yang dipakai sekali sekala agak mahal. 




Husband kata, "Beli jela. Nak buat sendiri tak reti."

-________________-''




Tapi aku tak putus asa.
Entah macam mana setelah kecewa untuk kali kedua tu, aku tergerak untuk tengok dekat Guardian which is selang 2-3 kedai dari Watsons tu. Hah! Senyum lebar aku bila nampak dekat rak. Terus capai dan pergi bayar.

Apparently, Guardian jual dengan harga RM 29.00 sahaja! Jauh bezanya tu!

So kesimpulan dekat sini, rajin-rajinlah untuk compare harga between kedai-kedai yang menjual barang yang sama. You might be surprised.




Sekian tips yang korang probably dah tau sekian lama. Hahah. Till next post! Daaaaa!