Thursday, July 6, 2017

Life updates

Salam :)

Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa giler dah aku tak update blog ek. HAHAHAAHA

Okay malas nak intro banyak-banyak. Sekarang aku list kan beberapa perkara penting yang tengah berlaku dalam kehidupan aku sekarang ni.





1. I'm 35 weeks pregnant!


Yezzaaaaa you read it right. Aku tengah pregnant second baby and insyaAllah due dalam bulan 8. Tapi hasil scan mengatakan baby aku dah turun sangat-sangat dan aku sendiri pun ada feeling-feeling yang baby akan keluar lebih awal dari 40 minggu. Entahlah. Sekarang baby baru 2.1 kg tapi keadaan aku sendiri rasa sangat-sangat tak larat. Aku cuma doa yang delivery kali ni dipermudahkan macam waktu abang dia dulu. Amin amin aminnnn. Berdebar jugak ni. Lagi-lagi lately perut dah start mengeras malam-malam. Phewwww tarik nafassss hembus nafasssss. Terus teringat sakitnya bersalin 2 tahun lepas. Adududuududuuuuu




2. I am now a Mary Kay Beauty Consultant!


Hahahahaa yesss apart from being a housewife aku jugak sekarang seorang Mary Kay BC secara kecil-kecilan. Aku start buat masa bulan 2 baru-baru ni dan alhamdulillah so far I'm loving it. Belum terlalu aktif lagi buat skincare classes bagai sebab yelah aku tinggal dengan mertua, tak ada kenalan dekat area sini. Nak buat apa-apa pun rasa macam tak berapa manis pulak kan. Later on bila dah tinggal sendiri insyaAllah aku akan cuba lebih aktif. Paling koman promote kat jejiran pun kira okay dah HAHAHA




3. Aku dah dapat kunci rumah!


Alhamdulillah rezeki anak-anak, bulan puasa haritu kitorang dah dapat kunci rumah. Setelah setahun lebih penantian, leganyaaaaaa Allah je yang tauu! Kitorang dapat sebulan awal dari estimated date dan alhamdulillah sekali dengan CCC so takde problem kat situ. Punyalah aku risau takut ada late payment charges masa amik kunci, so dapat je surat final billings hari-hari aku call bank tanya dah buat disbursement ke belum! HAHA! Mesti bank stress dengan aku.


Lepas dah dapat kunci, macam biasalah, check defects, dan perkara pertama yang kitorang deal ialah grill. By now dah siap pasang dah rasanya cuma kitorang tak final check lagi. Haritu masa pergi tengok diorang tengah pasang. Malas nak tunggu sampai habis.


Selain deal dengan grill, kitorang jugak dah deal dengan kontraktor plaster ceiling + wiring. Orang langsir pun dah datang ukur. Kebetulan waktu tu akak tu nak install langsir orang lain area situ so panggil dia datang ukur sekali. Tapi langsirnya tak buat lagilah. Sebab plan nak buat langsir sorok dalam plaster ceiling so kena tunggu plaster ceiling siap baru ukur labuh langsir dan beli kain.


Air dah siap-siap ada. Elektrik belum masuk lagi sebab deposit TNB pun kitorang baru submit few days ago. Leceh jugak deposit TNB ni, bab dokumen kena through developer, tapi tang bayaran kita sendiri kena pergi buat kat pejabat TNB tu.


Masa balik raya haritu kitorang dah pergi beli lampu kipas yang basic-basic dekat Puchong. Alaaahhh sape je taktau kedai lampu femes kat situ haha. Memang murah lah kalau compare dengan harga dekat Kedah ni. Sampai sanggup kitorang sumbat 7 biji kipas dan berpuluh-puluh bijik lampu dalam kete comel hatchback kitorang ni angkut bawak balik Kedah kahkahkah. Gigih kan. Sabo jelah. Nak masuk rumah baru punya pasal.


Barang elektrik selain lampu kipas, beli yang basic aje, macam fridge, washing machine, aircond dalam bilik. Yelah ada baby yang dah biasa aircond ni, haru juga kalau tetiba takde aircond. Ameklah dulu satu. Untuk hall kita KIV dulu. Kitchen cabinet pun KIV walaupun dah letak deposit. Sebab budget dah lari HAHAHAHA. Lagipun aku telah underestimate dapur sendiri. Rupanya dapur aku lagi panjang dari yang aku estimate sebelum ni, almost 20 kaki. Which means lagi banyakkkk kos untuk buat kabinet. So takpelah kita tunggu jelah tabung penuh balik. Alahh takpe takde kitchen cabinet boleh je hidup. Sementara ni boleh je beli stand alone cabinet dan rak-rak murah kat kedai perabot. Wall shelves pun okay. Nanti dah ada fulusnya baru kita buat dapur macam Pinterest kikikiki :D



Okay so tu jelah aku punya life updates setakat ni. Doakan delivery 2nd baby ni smooth dan progress rumah aku pun smooth supaya aku boleh move in lepas habis pantang hehehehe. Till then, sampai mood menulis aku datang lagi! BYE!