Salam :)
Haritu dah buat checklist bag baby ke hospital kan? Harini
kita sambung dengan checklist bag mummy pulak ye. Bila buat checklist ni, aku
suka refer orang yang dah berpengalaman. Maksudnya, yang dah bersalin, baru
tulis entry checklist (which bertentangan dengan apa yang aku tengah buat
sekarang HAHA).
Bukan apa, kadang-kadang entry checklist ni excited lebih,
almaklumlah anak first, semua benda rasa perlu, semua benda rasa nak bawak.
Walhal sebenarnya tak perlu pun nak angkut barang macam kau nak pindah. Ala
kadar saje, yang mana penting je kita bawak k.
So setelah bershopping secara online dekat OneBabyWorld.com
minggu lepas (mekasih encik suami!), akhirnya barang aku pun dah lengkap. Dah
boleh pack bag dah. Yihaa! Seperti yang aku mention haritu, ni checklist untuk
ibu yang nak beranak kat hospital gomen lah ye. Aku tak sempat nak kaji yang
swasta punya hihi. Mungkin beza sikit-sikit je la kot.
Dokumen
Yang ni jangan lupa ye. Benda wajib takde sunat-sunat lagi dah!
1. IC
2. Buku pink
3. Guarantee Letter (GL) bagi yang kerja gomen / suami kerja gomen. Buleh dapat kelas 1! Yihaa
Bag mummy!
|
Hah nindiaaaaaa! Muat-muat je satu beg
|
1. Kain batik – 2 helai
Untuk mudahkan pergerakan ibu je sebenarnya. Almaklum la
bila dah luka tu jalan pun terkangkang-kangkang. Dan mungkin jugak untuk buat
lap-lap badan ke. Tapi uniform pink hospital tu tak silap aku dah ada kain dah.
Apa pun, disebabkan aku takde kain batik, aku rembat je kain pelekat laki aku
yang warna pink ittew. Kihkih. Sama je konsep dia. Lepas tu aku bawak long
skirt sehelai. Senang gerenti takkan lucut punya.
2. Tuala mandi dan toiletries
Lepas dah penat beranak tu mesti best dapat mandi
segar-segar wangi-wangi kan. Angkut yang kecik punya sudahlah. Jangan pulak
bawak yang botol besar kau pakai kat rumah tu hehe. Tu botol je Johnson &
Johnson tapi aku refill ngan Strawberry Bath Body Shop sebab nak extra wangi. Hihi.
3. Maternity pad dan disposable panty
Ini penting.. sebab lepas je bersalin banyak keluar darah
kan. Tapi terpulang, ada sesetengah
orang lagi prefer yang Kotex overnight tu. Aku malas nak fikir banyak, aku
bawak je maternity pad jenama Madame ni 1 paket. Tak silap aku lepas bersalin
nanti nurse akan tolong cuci luka dan ganti pad.
Yang disposable panty tu pulak untuk memudahkan kerja.. yelah
dah penat-penat beranak dengan sakit luka nya, satu hal pulak nak mencuci
“kebocoran” dekat pakaian dalam tu kan, lepas tu nak sidai lagi. Nak suruh
suami bawak balik pun leceh jugak. Jadi lebih praktikal dan afdal pakai yang
disposable sahaja. Cuci sikit terus buang sekali dengan pad tu. Selesaii. Aku
bawak 2 pack. Mana tau nak kena berkampung lama. Hygiene itu penting haha.
4. Nursing bra dan nursing pad
Dah sah-sah memang ko akan disuruh untuk breastfeed baby
nanti. So nursing bra ni pun memudahkan kerja. Nursing pad pulak kalau
ditakdirkan susu ko banyak, sebelah baby feeding, sebelah lagi meleleh-leleh
pulak. Tak pasal bau masam je bra nanti. Jadi siapkan jela nursing pad. Aku
beli both washable dan disposable jenama Autumnz. Tapi untuk menyenangkan kehidupan
dekat hospital, pakai yang disposable je sudah. Kat rumah baru pakai yang
washable untuk jimat hehe.
4. Tudung instant
Mudah dan menutup. Kita kat tempat awam kan. Kena la jaga
aurat walaupun tengah sakit. Aku bawak sehelai je.
5. Stokin, sweater dan selipar
Katanya lepas bersalin memang ibu-ibu ni akan ada rasa
sensasi sejuk sikit. Aku pun tak pasti kebenarannya tapi bawak jelah. Stokin
comel berbulu tu my MIL belikan dekat Mekah khas untuk aku berpantang
haha. Selipar tu pulak, dah sah-sah
memudahkan ko untuk pegi toilet ke, bergerak sana sini ke, nak pegi gosip
dengan patient katil hujung sana ke, takkan nak pakai heels mahupun berkaki
ayam pulak kan.
6.Minyak panas dan minyak sapu
Apa-apa jela minyak yang ko rasa berguna untuk ko. HAHA. Aku
bawak Minyak Herbanika NR ngan minyak VCO Tanamera. Minyak VCO tu untuk ditelan
masa nak pi LR nanti, katanya memudahkan persalinan. Wallahualam, ikhtiar jela
kan. Minyak Herbanika tu pulak untuk disapu, yelah lepas bersalin nanti mesti
badan rasa sengal sana sini kan. Lepas mandi, urut sikit kat badan ngan tapak
kaki sebelum pakai stokin, mesti segar je nanti. Ada jugak yang kata boleh
titik kan dekat pad untuk bagi luka rasa kurang sakit. Boleh la try nanti.
7. Plastik kecik dan besar
Common sense je.. untuk taruk baju-baju kotor ke,
sampah-sampah ke. Kan senang dan lebih kemas kalau taruk dalam plastik.
8. Phone + charger / powerbank
Untuk memecahkan kebosanan dan untuk memudahkan komunikasi.
HAHA. Certain nurse mungkin membebel kalau kau guna plak dekat katil tu, jadi
mungkin lebih afdhol kalau bawak powerbank kot.
9. Telekung dan printed doa / zikir / surah
Selagi belum bersalin, masih kena solat kan. Jadi bawak jela
telekung.
Doa / zikir / surah yang dah siap diprint memudahkan untuk dibaca
dalam Labour Room nanti. Tak silap aku dalam LR tak boleh bawak phone sebab
nurse takmau bertanggungjawab kalau hilang ke apa. Jadi nak senang bawak jela
yang dah siap diprint. Kalau dah hafal pun takpe.. mana la tau masa dah
sakit-sakit tu jadi lupa semua. Yang ni aku belum buat.
10. Baju keluar wad
Ok finally! Dah nak balik! Hehe. Bawak baju cantik hanya
untuk keluar wad ye. Sebab sepanjang dalam wad kau ditakdirkan untuk pakai baju
pink yang comel itu sahaja. Hihi. Some suggest bawak blouse / kemeja butang
depan so mudah untuk breastfeed kalau tetiba baby kau nangis nak susu. Aku
bawak jubah je yang ada button nursing. Senang. Sarung je and voila! Dah nampak
presentable. Untuk pengetahuan anda, masa baru bersalin perut masih belum
kempis ye. Jadi masih kena bawak baju yang besar. Selama preggy ni pun memang
aku takde baju mengandung. Aku pakai jubah je.
Bakul makanan
Ok yang ni special sikit. Bawaklah satu bakul kecik untuk
nourish diri sendiri sebelum dan selepas bersalin sebab memang akan lapar
nanti. Makanan dekat ward ikut jadual.. so in between tu kalau ko lapar, senang
bila dah siapkan kudap-kudap sendiri. Takdelah manjang nak tepon suami soh
hantar makanan hihi.
1. Air masak dan air zamzam – hidrasi tu penting ye. Sebelum
masuk LR minum banyak-banyak sebab bila dah masuk LR dah tak boleh minum air
dah.
2. Cawan / sudu / pinggan – dekat hospital tak sediakan semua
ni. Pandai-pandai bawak sendiri.
3. Milo / Nestum / Vico
4. Biskut / roti
5. Tisu
6. Termos – Tak silap aku air panas dia akan distribute ikut
time. So guna termos masing-masing untuk simpan stok masa dorang bagi.
7. Kurma – membekalkan tenaga secara cepat. Hihi
Aku rasa setakat tu jela kot yang penting-penting.
|
Ok dah siap jom pergi beranak! Beg mama brutal sikit. Kihkih |
Anyway.. selingan sikit. Bila dah masuk 32 minggu ni, bila
baca pengalaman ibu-ibu bersalin, rasa macam sayu pulak fikir tak lama lagi nak
bertarung nyawa. Entah hidup ke, entah tak sempat nak jumpa anak ke.. Jadi selain dari persiapan barang-barang kat
atas tu, persiapkan lah jugak diri, kita tak tau kan.. Sekarang aku cuba
amalkan solat taubat hari-hari, banyak-banyakkan zikir dan baca surah Maryam.
Maut tu memang bila-bila masa je boleh datang.. tapi dah tau nak bersalin ni,
cuak dia lebih sikit. Hihi. Manalah tau, ngan bertaubat dapat mudahkan
persalinan ke.. insyaAllah. Semua pun dari Dia kan. Baby pun gerak lebih sikit
bila dengar Mama dia zikir or baca Quran. Hehe. Suka lah tu. Oh ye selain tu jangan lupa mintak maaf ngan sume orang, especially ngan suami. Redha suami tu kan redha Allah. Kalau suami tengah tak redha camne nak mudahkan bersalin?
Huuu tetiba touching pulak. Sob sob. Toodles!