Thursday, April 23, 2015

Perineal massage : perlu atau tak?

Salam :)


DISCLAIMER : Ini hanyalah entry pendapat aku berdasarkan beberapa sumber yang aku baca dari internet sahaja. Sila bertanya pada orang yang lebih professional (doctors/nurses/midwives) untuk informasi yang lebih tepat dan jitu.



Aku rasa sekarang dah banyak yang mula mengamalkan perineal massage ni dengan tujuan untuk memudahkan persalinan dan mengurangkan tear ketika bersalin normal. 

Apa benda perineal massage tu?
Camne cara nak buat dia?


Hah yang tu engko google sendiri. Dah banyak sangat belog yang tulis pasal tu. Harini aku nak tulis pasal benda lain.



Kalau nak diikutkan, ramai yang bagi "testimonial" secara tidak rasmi yang kata perineal massage ni berkesan, kurang tear, tak banyak jahitan bla bla bla. Tak kurang jugak yang kata sama je, takde apa yang significant pun. Koyak tetap koyak. Aku tergerak untuk cari info tentang effectivity of perineal massage ni lepas baca komen ni kat FB.





Oh btw aku tak kata akak ni salah pun. Lain orang lain pendapat kan.
Cuma akak ni membuka mata aku la. Tetiba terfikir, betul ke perineal massage tu berkesan?





So, ringkasan yang aku dapat setelah pembacaan aku yang tak seberapa ni :

1. Perineal massage efektif untuk ibu yang melahirkan secara vaginal untuk kali pertama, bukan untuk multiparous mothers (with a difference of 9.2% berbanding yang tak melakukan perineal massage).


Itu adalah kesimpulan dari journal yang aku baca. Kenapa tak efektif untuk ibu yang melahirkan kali kedua dan seterusnya? Ha yang itu aku tak pasti. Well, 9.2% maksudnya still ada perbezaan kan, walaupun takdela significant sangat.





2. However, multiparous mothers yang melakukan perineal massage ni dapat mengurangkan 3 months post partum perineal pain. So no harm trying.






3. Terlalu banyak faktor lain yang mempengaruhi tearing. Jadi susah nak kata yang perineal massage ni betul-betul membantu dalam mengurangkan tearing atau tak. 



Antaranya : posisi ibu waktu bersalin, breathing, psikologi ibu, nutrition, the person who conduct the delivery, dan sebagainya. 

Yang menarik pada aku adalah :

Nutritional status and hydration
Good nutrition --> healthy perineal tissue --> less tearing.
Poor nutrition --> perineal tissue rapuh --> more tearing.

Faham kan?


Psikologi ibu
Somehow perineal massage sepatutnya melatih ibu untuk rasa tenang ketika berlakunya crowning (kepala baby dekat bawah). So by the time bersalin, sepatutnya ibu jadi lebih relax, sebab dah biasa.

Bila relax --> posisi dan cara breathing bagus --> less tear (sepatutnya lah).

Tapi kalau dah sakit nak bersalin tu rasanya takleh nak tenang dah kot? HAHA.






So kesimpulannya, 

adakah aku akan buat perineal massage walaupun percentage effectivity dia tak berapa significant?



For me, I'm still doing it! Takde ruginya pun. Lagipun its my first time, ni lah waktu yang terbaik aku nak tengok keberkesanan perineal massage ni. Bila lagi kan. So that I know what works for me and what does not. Kalau okey, bolehlah aku recommend dekat orang lain nanti. Lagipun, orang kata, IKHTIAR. At least even tearing teruk pun nanti (or maybe entah-entah kena C-sect), I know I've done my very best. 

But I'm still considering the other factors though. So tetap kena makan healthy foods and learn to deliver properly la. Takde chance nak pegi childbirth classes. Tengok Youtube je aci tak? Hehe.




Oh btw aku dah start buat perineal massage ni dalam 3-4 times a week, guna minyak VCO Tanamera. Awal-awal memang susah, berkerut-kerut dahi tapi memang betul macam orang cakap, it gets easier. Now boleh buat sambil tersenyum riang HEHE.



Ok semoga bermanfaat. Bai korang.


2 comments:

  1. sebenarnya. ni la festaim kte dengar pasal perineal massage. ngahahaha


    byknya effort ika nak amek tau psl pregnancy and child delivery. kte dulu kat ong pon tak terfikir nak amek tau sume ni... bagusnyaaaa... mesti sok ika chillex2 je kat dlm labor room sbb dah byk ilmu yg ika explore.. iols kasi sokongan mental dari jauh ye.. tihihi

    ReplyDelete
  2. bahahah. kebetulan je ni aritu ms search psl berpantang terjumpa psl ni sekali. kalau tak kite pun tatauu :D fufufufu takut2 masuk labor room terus jd tarzan sume bnde tak ingat dah hahahah. tq bebii

    ReplyDelete

Talk to me! :)