Monday, May 11, 2015

[Tips] Cara buat body scrub hanya dengan 5 barang dari dapur!

Salam :)


Aku suka benda-benda yang homemade ni. Tinggal rajin tak rajin jelah nak buat. Hihi. Bila datang mood dia tu, haaa habis semua benda kat dapur aku selongkar. This time aku nak bagi tips mudah nak buat scrub. Sekejap je nak buat dia. Lepas masak sambil tunggu suami nak balik kerja kejap lagi ha menyempat aku pi menggenyeh benda ni.



Bahan-bahan :




  1. Used teabags (aku biasa letak teh terpakai ni kat dalam fridge) - 3 uncang
  2. Gula (lagi kasar lagi bagus) - 2 sudu
  3. Madu - 2 sudu
  4. Minyak VCO / extra virgin olive oil / ikut suka korang la. Aku guna minyak VCO Tanamera - beberapa titik
  5. Air panas - 2 sudu


Cara buat :
  1. Koyakkan teabag dan keluarkan serbuk teh. Letak dalam mangkuk kecik.
  2. Tambah gula dan madu.
  3. Tambah air panas sedikit sahaja supaya konsistensi dia jadi bentuk paste - sesuai untuk jadi scrub. Jangan terlalu cair nanti jadi air teh pulak. HAHA. 
  4. Titikkan beberapa titis minyak VCO. Sedap ouhhh nanti bau biskut kelapa + teh. Hihi
  5. Kacau semua sekali.
  6. Dah boleh terus guna untuk scrub badan. Lumur lepas tu sental especially dekat bahagian-bahagian pelipat tu. Lepastu mandi dan sabun macam biasa.


 Serbuk teh, gula dan madu.


Lepas campur air panas dan minyak VCO.




Best tau scrub ni! Serius dia buat kulit jadi lembut dan segar je. Tak caye? Try lah! 
Oh another tip, kalau korang jenis suka pakai minyak aromaterapi tu ha boleh la campur sekali kalau nak bau-bau yang lebih enak. Personally aku prefer bau teh + kelapa ni. Cam bau-bau asli gitu. Hehe.


Senang je kan?
Ok bai korang!


2 comments:

  1. kte pnah guna ada satu scrub walnut ni ibu kte punya.. pastu mungkin terlalu kerap guna kot, since then kulit kte jadi cam kulit buaya, literally.. kat kaki la.berbulan2 nak normal kan balik kulit kaki kte. tros troma dgn scrub badan.


    tapi sbnanye kte suka jugak scrub moringa yg body shop punya tu. sbb lembut gilaaaaa


    cuma now je kte stop guna scrub badan sbb troma ngan walnut scrub tu. tapi mungkin bila dah tak troma nti kte akan guna balik any body scrub. hihi


    good sharing bebi :)

    ReplyDelete
  2. Susah kulit sensitip kan. Kurang takleh, terlebih pun takleh jugak. Haih.

    Kalo rajin try la scrub mcm kite buat ni bebi. Dia mild je sebab teh tu dah kembang so tak kasar sangat. Hehe.

    ReplyDelete

Talk to me! :)